Ubat Paling Baik ...

♥ Assalamualaikum & Happy Monday 

M.A.A.F .

Satu ungkapan yang hanya mempunyai 4 abjad dan ringkas .
ehh pembuka ayat macam serius jer :p . tak de la serius mana , cuma nak berkongsi apa yang aku rasa nak kongsi kat sini .. My Personal Public Diary ^_~

Tak mudah untuk kita atau seseorang itu sebenarnya untuk  memohon maaf dengan seikhlasnya .. kerana setiap kita tu ada egonya masing-masing kan . Angguk kepala masing-masing kalau setuju dgn aku ^_^
Kalau untuk memohon maaf pun susah .. apatah lagi memaafkan orang lain .. betul tak ? 
Aku sendiri pernah mengalami situasi macam ni .. aku kunci hati aku dgn EGO yang tinggi .. sampaikan aku pahat dalam jiwa yang aku takkan maafkan 'orang itu' sampai bila-bila .. tapi dari hari ke hari .. terfikir jugak .. Betul ke 'orang itu' jer yang salah ? aku ? sempurna sangat ker ? atau mungkin kesalahan yang dilakukan tu berpunca dari aku jugak ? macam-macam dibenak  nih .. Ingat senang ke hati nak jalani hidup seharian dengan dendam yang tak sudah? Tapi alhamdulillah , tak lama pun .... pintu hati aku terbuka untuk memohon maaf dan memaafkan dia .. Dan percaya lah .. jika berlaku salah faham dgn seseorang dan akhirnya kita bermaafan semula.. rasanya macam lepas hutang seribu ! LEGA sangat ! 


Dan hingga hari ni , aku masih lagi belajar . Belajar untuk memberi kemaafan sebelum diminta .. . Ingat ya .. perkara paling penting dalam nilai satu kemaafan ialah .. ia harus dilakukan dengan hati yang tulus ikhlas tanpa dendam hanya untuk mendapat rahmat Allah SWT semata-mata. . dan segala apa yang kita lakukan kerana Allah adalah satu ibadah .  


~Memberi maaf tu seperti ubat ..  yang tiada nilainya sesama Manusia ~





Comments

  1. kak senang sgt maafkan orang..jiwa lembut tapi tegas..

    ReplyDelete
  2. hai piza..salam follow ye?

    maaf tu terlalu sukar utk D ucapkan..terutama buat org yang pernah melukai hati kita...misalnya pengkhianatan atau kecurangan.. Hati memang sakit.. tp entahlah.. Jd orang sensitip ngan cepat terasa ni susah..terlalu makan dalam....

    ReplyDelete
  3. betul2..ego yg terlalu tebal la mybbkan seseorg susah nak meminta maaf mahupun memberi maaf pd seseorg..tpi bila kita fikir positif..mmg byk faedah memberi maaf dan meminta maaf ;)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum fiza..memohon kemaafan adalah sesuatu yg sukar utk dilakukn tapi ianya adalah suatu perkara yg amat indah kalau dpt dilakukn...:)

    ReplyDelete
  5. @Diana @ bilakukatacinta
    =) suke komen awk ! .. i'allah skrg sy blajar utk mmberi maaf seikhlasnya =)

    ReplyDelete
  6. @biela bell
    EGO la yg kdg2 menghalang kita dr melakukan sesuatu yg sebenarnay baik utk dr sendiri jugak.. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤