2012 - Tahun Melawat Kelantan

Assalamualaikum .

hi lalink !

Tahun ni, tahun 2012 ialah tahun Melawat Kelantan kan =) so aku buat entry khas memperkenalkan beberapa tempat menarik dan selalu dikunjungi di negeri tercinta aku ni ^_~ .

Tempat Shopping :)

1. PASAR SITI KHADIJAH 
Lokasi : Kota Bharu
Nama asal Pasar ni sebenarnya Pasar Besar Buluh Kubu , pastu ditukar namanya oleh Menteri Besar Kelantan . Dinamakan dengan nama 'Pasar Siti Khadijah' kerana  sempena nama isteri pertama Nabi Muhammad yang merupakan seorang ahli perniagaan. Sesuai dengan namanya , penjaja di pasar ni kebanyakkannya adalah wanita :) Pelbagai barangan makanan , sayuran segar , kraftangan ada dijual kat dalam pasar ni :) Bila tiba waktu solat , perniagaan akan dihentikan lebih kurang 15 minit bagi memberi laluan peniaga dan pengunjung menunaikan solat :)


2. PASAR WAKAF CHE YEH
Lokasi : 7km dari Bandar Kota Bharu
Hahhh .. Wakaf Che Yeh ni aku suka pegi kalau balik Kelantan . Macam-macam barang ada jual kat sini oke . Baju , kain sepasang , pelbagai jenis tudung , permaidani , bantal kekabu , kasut , barang bundle.. eh semua lah ! yang bestnya , Wakaf Che Yeh ni beroperasi 24 jam . cuma kalau nak lagi meriah kene pagi malam .. lagi lewat malam , lagi meriah . Tapi peniaga takkan buat urusan berjual-beli kalau time tgh azan , waktu solat selama 15 minit :) 

3. PASAR TOK BALI
Lokasi : Pasir Puteh
Kalau korang nak dapatkan ikan yang segar terus dari laut , yang mana ikan tengah menggelupur lagi kat jaring nelayan , boleh pegi beli kat sini . Kat sini meriah pada waktu lepas Asar sampai la ke malam .. Keropok pun banyak kat sini =) Jangan pegi waktu pagi ye . sebab kalau pagi .. sayur je banyak kt sini .

4. PASAR RANTAU PANJANG 
Lokasi : Rantau Panjang , Utara Kelantan - sempadan antara Malaysia-Thailand
Dekat Rantau Panjang ni banyak barangan cenderahati dijual .Pakaian dan cadar pun banyak kat sini . kalau bakal-bakal pengantin nak shopping , boleh la pegi sini . Banyak pilihan cenderamata utk majlis perkahwinan ada kat sini . Rantau Panjang di jugak merupakan Zon Bebas Cukai .

5. BAZAR KOTA BHARU
Lokasi : Bandar Kota Bharu
Terletak dekat dengan KB MALL , barangan yang ada kat sini ialah Batik , hiasan dalaman, pakaian , kain ela, kraftangan dan baaannyakk lagi :)


Pantai :)

1. PANTAI CAHAYA BULAN (PCB)
Lokasi : Lebih kurang 10km dari Bandar Kota Bharu .


Masa zaman British dulu pantai ni dikenali dengan nama pantai Cinta Berahi . uh .. tapi nama tu macam tak sesuai so ditukar la jadi PCB :) 
PCB memang best ! kat pantai ni jugak aku selalu pegi kalau balik Kelantan :) Untuk sampai kat PCB ni , kita akan melalui perkampungan melayu tradisional , yang mana disini terdapatnya kawasan percetakan batik , penenunan songket dan sepanjang jalan tu .. banyak kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis batik .



2. PANTAI SRI TUJUH
Lokasi : Tumpat

3. PANTAI BISIKAN BAYU @ PANTAI DALAM RHU
Lokasi : Pasir Putih - lebih kurang 50km dari Kota Bahru

4. PANTAI SABAK
Lokasi : 15km dari Bandar Kota Bharu

5. PANTAI IRAMA
Lokasi : Bachok 

6. PANTAI TOK BALI
Lokasi : Pasir Puteh


Air Terjun :)

1.JERAM LINANG@LENANG
Lokasi : Hutan Simpan Ulu Sat , Jajahan Machang

2. JERAM PASU
Lokasi : Pasir Puteh

3. LATA REK 
Lokasi : Kg.Laloh , 30km dari Kuala Krai .


hihihi Mummy aku penah kene gigit dengan ikan buntal masa mandi kat sini masa aku kecik-kecik dulu :p  
Memang best sangat kalau berkelah kat sini . Sekarang tempat ni dah makin membangun dan terjaga . Kalau korang dari KL melalui jalan Gua Musang-Kuala Krai , boleh la singgah bersantai hilangkan penat kat sini :p


4. HUTAN LIPUR BUKIT BAKAR
Lokasi : Machang



Tempat-tempat lain lagi yang menarik ialah :

GUNUNG STONG - Dabong

MINI ZOO - Kuala Krai

TAMAN NEGARA KUALA KOH - Gua Musang

TASIK PERGAU - Jeli


-gambar semua hasil carian google-

So , teringin tak nak pegi Kelantan ? hihihi . alaa banyak lagi sebenarnya tempat menarik kat Kelantan ni , Tapi beberapa tempat ni jer yang mampu aku kongsikan kat sini :p


psstt - Tetiba teringin nak pegi Tasik Pergau . err .. hihihi :)






Comments

  1. kbyakkn tmpt 2 cik lynn dh p...psni kna slongkar lg apa tmpt bes kt klntan...hehe

    ReplyDelete
  2. ye ke pasar khadijah tu asalnye nama psar kubu?rasenye pasar kubu dgn khadijah tu pasar lain2...

    ReplyDelete
  3. @CIK MAY
    Bukan Pasar Kubu CM , Pasar Besar Buluh Kubu =)

    a'ah .. asalnya nama tu . pastu tukar jadi Pasar Siti Khadijah:)

    ReplyDelete
  4. LR pon ore kelate jugok...

    fiza kelate kat mana?

    ReplyDelete
  5. ari tu pegi..yg 2-2 pasar tu dekat je..cume pasar yg ada name kubu tu mcm baru sikit dari pasar khadijah..tapi tak tau la sejarahnye..hehe...

    ek...tekak CM mcm boley je la mkn meatball...sbb tu dlm entry tulih boley la..kate tak sedap kang ade yg marah plak..haha...mkn dlm 4 ketol je kot...tp tak tau la sbb perut tak lapar sgt ke..jadi rasa tak sedap kan..hehe

    ReplyDelete
  6. wah!! tahun melawat kelantan...memang banyak tempat menarik ye fiza...sis pun planning nak ke sana tahun ni musim cuti sekolah ... tq for the tips

    ReplyDelete
  7. @CIK MAY
    hihihi .. tu pasar baru CM =)

    tu la .. agaknya fiza nk kena gagahkan selera tekak utk try kot :p

    ReplyDelete
  8. @Rahmah Ram Ram
    Byk jugak sis . tp yang penting bila sampai kelantan nanti , sis jgn lupa pegi Wakaf Che Yeh tu ek :p

    ReplyDelete
  9. menarikkkk :) lame dah tak g kelantan

    ReplyDelete
  10. dah lama tak pi kelantan.. kali terakhir pi tahun 2010.. mesti dah berubah

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum fiza...wah bestnya tempat2 yg menarik kat sana tu rasanya mcm nak pi la...:)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤