Pengintip Bo***

Assalamualaikum .

hi lalink !

Semalam . ye , baru semalam kejadian ni berlaku . oh .. tak sangka sungguh macam ni punya manusia pun ada dan sanggup nak gadai nyawa untuk .. MENGINTIP ORG MANDI ! 
WTHamter lah wehhhh !

Meh aku xplain dulu kedudukan bilik air rumah aku tu macam mana ek .

Rumah aku apartment , tingkap 6 . Bilik air tu berada ditengah antara dua bilik . bilik paling hujung ada beranda , tapi tak boleh keluar kat beranda tu sebab tingkap bilik ada grill dan sebelah bilik hujung tu , tangga untuk kegunaan waktu kecemasan atau time lift rosak . 

Yang aku macam tak sangka sangat , sanggup orang tu gadai nyawa panjat penghadang tangga tu semata-mata nak menghendap . kalau la tersilap langkah . boleh jatuh , mati terus .tinggi weh . tingkap 6 .

Adik aku perasan ada orang nk ngintip sebab masa dia nak mandi tu , dia perasan macam ada orang cuba nak alihkan sesuatu kat tingkap bilik air , Tingkap tu memang tinggi oke . Bila dah terperasan macam tu , adik aku lari la masuk bilik dia . bilik dia bilik tengah . so dari bilik dia pun memang boleh nampak la tangga tu . Bila dia intai . SAH . memang ternampak sorang lelaki pakai baju biru tengah berlari turun dari tangga . Adik aku nampak muka dia . masa adik aku intai tu , mata lelaki tu betul2 sedang tengok bilik adik aku .OMGod.

aku pegi bilik hujung nak cari-cari klu , pastu aku perasan satu besi grill tingkap bilik hujung ( bilik tu kosong ) tercabut sebelah , dan ada kesan jari kaki kat atas besi beranda . besi beranda tu .. kecik jer . kalau silap langkah boleh jatuh tahu tak . ishhh . manusia-gila-paling bodoh.

Tapi yang buat aku betul-betul pasti lelaki tu tak kan nampak apa-apa sebab kedudukan tingkap yang tinggi dan memang mustahil untuk dia boleh melihat kat dalam bilik air . tambahan pulak tingkap tu sikit jer terbukak . kira Alhamdullilah jugak la adik aku cepat perasan ada org cuba nak intip tu .

So , kpd kawan-kawan .. berhati-hati la . ingatkan stail mengendap ni ada kat rumah-rumah atas tanah jer . ni rumah apartmen pun ada . memang betul-betul tak tercapai dek akalku .


Aku doakan moga-moga Manusia yang buat keje ni bertaubat dan semoga terbuka hatinya agar tak ulangi apa yang dia buat tu . Amin .


Comments

  1. memang bo***... sanggup merbahayakan nyawa sendiri sbb nak mengendap... tak de faedah langsung...

    ReplyDelete
  2. CM ade pengalaman kene intai tu dr bilik air..lame dah..die siap kol lagi kat umh..mase tu kecik g kot.agak fobia dgn mamat tu smp skrg.klu die dtg jmp abg kat umh, komfem CM terus kuar dr umh..tak blk..takpun dok kat bilik je.pastu ade 1 g pengalaman masa menyewe di Balakong,duduk bilik yg dekat dgn koridor.tapi tak ingt sgt da cite yg ni.tp mmg menakutkan..sebab die suke ketuk tingkap bilik..smp 1 tahap tu CM takut nak bukak lampu wlupun duduk dlm bilik..sbb bile ade lampu mesti die tau CM ada kan..

    ReplyDelete
  3. nafsu menguasai segalanya...dalam kes macam ni apa pun sanggup kot...desperate betul ye..hati-hati fiza takut-takut nnt dia pecah masuk ke dalam rumah pulak.

    ReplyDelete
  4. benci la org cmni...takuttt..eee..
    -,-

    ReplyDelete
  5. bahaya btul lah.. sanggup ek die gadaikan nyawa semata mata nak ngendap.. kerat je anu die tu.. hampeh!!!

    ReplyDelete
  6. Gila. Dah tak der kerja lain nak buat ker. Klo jatuh pon elok gak tu...biar padan muka.

    ReplyDelete
  7. report polis n guard.. takutnyaaaaaaaa.. tampal notis, amaran ada pengintip.
    sila alert.. tp jgn tulis nm korg pulak...

    ReplyDelete
  8. @CIK MAY
    ishh .. takut jugak dgr pengalaman CM ni .. lagi terukk ..

    ReplyDelete
  9. @Rahmah Ram Ram
    Mmg pasni kene lebih berhati2 . tingkap bilik air pun kene selalu tertutup ..

    ReplyDelete
  10. @kayyana
    betul-betul ..kalau dpt .. ermm siap la ..

    ReplyDelete
  11. @fiza
    tu la . biar dia rasa langit tu tinggi rendah ..

    ReplyDelete
  12. @*SiRibenMerah
    dah buat notis dah ni . blk kang nak tampal . ingatan untuk semua ..

    ReplyDelete
  13. sanggup buat macam tu...tak pedulikan tntg keselamatan langsung...huhu~

    ReplyDelete
  14. Mengapakah dia sanggup lakukan perkara itu? Apa tarikan yang ada kat adik ehhh sampai sanggup buat kerja yang boleh meragut nyawa? Hmm apa lagi .. dah cam ... report je polis ...

    ReplyDelete
  15. memang b**** punye org.. snggup nak gadai kan nyawa semata2 buat benda tak elok..kalau ke arah kebaikn tak pelh jugak..

    ReplyDelete
  16. @HasrulHassan [HH]
    ntah la . tp sy rasa dia tak sasarkan sape yang dia intai . tp dia mmg suka intai orang mandi kot . tak kira sape . dia bkn kenal pun adik sy . adik sy br je lagi kt sini .. ermm.

    ReplyDelete
  17. @dyabunga
    tu la . baik dai gadaikan nyawa pegi berperang ke apa .. hishhh

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤