Indahnya Perbezaan :)


Assalamualaikum .


Cer bayangkan kejap ,

Dalam sebuah rumah , semua barang sama je , semua perabot cuma ada kerusi . tempat letak Tv kerusi , tempat letak bunga kerusi , tempat letak makanan kerusi . tak de perabut lain . yang ada cuma kerusi je .

Atau pun , dalam rumah tu , hanya satu warna sama yang digunakan . langsung tak ada warna lain ,contohnya , setiap barang , perabut , cat , langsir ,pakaian . alah semua la. hanya guna warna hitam je .

Agak-agak la kan , menarik ke? berseri tak ? 

memang tak la kan :)

Tapi cuba kalau , dalam sebuah rumah tu , Ada pelbagai jenis perabut , warna yang digunakan pun tidak tertumpu pada satu warna je . 
Mesti menarikkan

picca from google


Itulah yang dikatakan , Indahnya sesuatu PERBEZAAN . 

Bila adanya perbezaan , mata , hati dan minda kita takkan tertumpu pada suatu benda je , perbezaan tu sebenarnya meluaskan lagi daya pemikiran kita , dalam pelbagai keadaan, situasi dan cara .

Sama jugak jika dalam perhubungan pun kan . Suami Isteri ke , dalam keluarga ke , berkawan ke . Adanya perbezaan , berwarna la hubungan tu . Ada yang happening , pendiam , suka bagi idea , kreatif , rajin . haaa kan ke meriah tu . Ada Pro dan Kontra :p

Cuba kalau semua sama je . Semua jenis yang pemalas erk . jadi reban ayam la rumah :p

Tapi kan , dalam hubungan pakwe makwe , atau suami isteri , sesetengah orang hanya nak mencari persamaan kan . Sampaikan nak perangai pun sama .
ishhh , jangan la macam tu . Boring nanti . Kalau kena dua-dua pendiam ? haa . 


Banyak sebenarnya kalau nak bagi contoh tentang Indah dan menariknya perbezaan dari pelbagai sudut . tapi setakat yang aku kongsikan ni , rasanya dah boleh tangkap kot apa yang aku maksudkan :)

Persamaan tu perlu , tapi jangan bencikan perbezaan :)











Comments

  1. assalamualaikum fiza...betul la tu memang menarik sesuatu persamaan....:)

    ReplyDelete
  2. klu sama jer, busan...klu bbeza sgt plak asik gaduh jer..perbezaan & persamaan klu sama2 seimbang,mst phubungan tu best kn..

    ReplyDelete
  3. perbezaan tu pasti akan saling lengkap melengkapi... :) betulkan kak...

    ReplyDelete
  4. betul..kalau dengan pasanagn tentulah kena ada perbezaan..kalau sama macam pelik..cuma kalau sama sikit2 tu biasalahkan..

    ReplyDelete
  5. jaa ngn suami plak...kdg2 sekepala.....kdg idak jugakkk...hahaha...sampai satu benda tu kdg2 boleh berdebat hebat! kikiki....

    ReplyDelete
  6. betul tu...perbezaan amat penting kerana ia satu pelengkap pada kelebihan dan kekurangan

    ReplyDelete
  7. ar...haha....tak kisah la same ke tak..janji blh masuk kepale..hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤