BerKaroot Komedia X


Assalamualaikum .

-Entry berjela, sila baca semua eh- :p


Is barang baik .. heyy is barang baik! eh eh , penah dengar tak lagu tu? hikss, alaa lagu geng dikir Sabri Yunus dlam Karoot Komedia duk nyanyi tu . dah jadi trademark dah :p

Mood Karoot Komedia tak habis lagi nih ! Meh nak cerita :)

Tanggal 17 Mac 2013 , yang jatuh pada hari Ahad semalam , bertempat di Studio 1 Astro , fiza bersama beberapa geng blogger yang agak sempoi dan sengal telah menghadirkan diri ke Rakaman Karoot Komedia X2 . Hadirnya kami ke sana telah di atur oleh Abg Ketak-ketak yang dah kurus , Ben Ashaari :) . haaa , skema tak ayat? siap bertanggal tanggal lagi ^^ . 

oke, teruskan berskema.

Pada hari itu, kami telah bergelak ketawa sesakan mungkin ketika menyaksikan aksi-aksi spontan yang dilakonkan oleh En.Nabil, En.Yus Jambu, En.Jep dan En.Ebby Yus . Sungguh meriah riah dan gembira sekali sekalian penonton yang turut serta dalam studio itu.Termasuklah kami - Ben,Sue,Ty,Qaseh,Jeeb,Syahir, Jed Jedi,Weeda dan Fiza .
Tanpa menghiraukan beberapa kamera yang tidak mengira masa dan mangsa rakamannya, kami terus ketawa, ketawa dan ketawa bila mana lawak-lawak tersebut terjentik di urat gelak kami. Oh! sungguh tidak sangka, rancangan yang fiza selalu tengok di saluran 133 astro selama ini, kini fiza tengok dan bergelak live di depan mata :p

Kami duduk didepan stage ini . ditepi sebelah kiri . 

Antara blogger yang ensem dan comel yang hadir :) fiza cuma kenal yang fiza sebut di atas je, termasuk dak comel Lyssa . yang lain, first time jumpa .

Ini la kami, geng sengal yang tidaklah sengal mana , tapi sangat SPORTING! Qaseh kata, kami kesayangan beliau :) Muah muah utk qaseh Adelia Sufura <3

Next piccaaaa 


fiza dan ty sedang kusyuk bergosip tanpa kami sedari paparazi telah merakam foto ini . Ohh jeeb! Tak tipu, kami tengah bergosip, tapi Ty pesan jangan bagitahu kat sape-sape apa yang kami gosipkan, jadi . tak boleh cerita disini ^^ Maaf.

Qaseh tulis caption kt fb, jangan jeles tgk gambar ni. So, kami tak boleh jeles O.o

Waktu ni, fiza dan ty, tak habis bergosip lagi. Tapi Jeeb nak snap pic . So, pose kejap . Kesian Qaseh , dah la tak tahu apa yang kami gosipkan, muka pun nampak separuh je . Apa la Jeeb neh c(:

Ini lah dia, JEEB yang omel-omel . kami first time jumpa, tapi macam dah kenal zaman sekolah :) peace jeeb! no war!

Haaa , tengok , Qaseh tetap nak bergambar bersebelahan dengan En.ketak-ketak . ehh silap . En.Sifu . ehh silap lagi . En.Ben 10 . ok . baru betul.

Biarpun bersempit, kami bahagia begini .ohh! 


COMEY TAK KAK TON??? ehh terCapslock pulakk ^^

heyyy is barang baikk .. is barang baik .. ! ini ialah ikan-ikan yang tiba-tiba muncul 
di darat :p

 Haa, kenal tak? kenal tak? 

Cakoi! cakoi! cakoi! .hahaha! . Tak faham eh nape fiza duk sebut cakoi? oke tak pe . abaikan. 

hihihi, belum cerita dah nak gelak bila ingat balik :p , masa ni kan , Encik baju pink cuba mengenakan Ben, tapi Ben lagi pandai, dia kenakan Encik baju pink tu balik . haha! kalau tengok video, ben dah macam WWF Smackdown dah! Encik baju pink akan meriahkan studio waktu break untuk tukar segmen.

 Dah habisss, maka selesai lah sesi gelak kami pada hari tersebut .

Eh eh, bila masa encik comel yang hujung pakai tali oren tu masuk sekali dalam ni eh? hikss tak perasan . Tapi dia baik tahu, sebab banyak kali tolong snapkan gambar kami .Pastu dia main-main dengan henpon yang kami suh dia ambikkn gambar 0.o . 

Dannn , last picca ialah 

kami w Lyssa faizureen cute miut! Masa mula-mula sampai, fiza dah nampak Lyssa, tapi segan pulak nak tegur . Dah dekat-dekat nak balik , terus ajak bergambar ^^ . Lyssa pun sangat sporting ! ehh ty mana? ohh ty berkorban untuk jadi tukang ambik gambar . Terima kasih ty, sebab berkorban utk kami :)

Maka, berakhir la sudah cerita kami berKaroot Komedia . Seronok sangat . gelak sampai lenguh gigi . ehh gigi boleh rasa lenguh ek? erm boleh kot :p
Entry ni panjang kan, terima kasih sebab sanggup habiskan baca baris demi baris :p

Gambar-gambar yang ohsem di atas bukan dari HTC One S fiza ye, tapi disumbangkan oleh camera sony milik Qaseh Adelia Sufura :) 


Psst~ thx a lot Ben, sebab dengan seikhlasnya mengajak kami bersama ke program ni :) to all , next program kita kumpul, jumpa lagi eh!





Comments

  1. bestnya..bila tyanagan ni..
    nanti boleh tgk..cari fiza.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best best :) xtau la Nur.. mybe bulan ni jugak kot.. xsure..

      Delete
  2. Weyh awat Gambaq gendut2 semua masuk? Ye la berkorban tapi macam ada kan Ty dgn korang masa Jed Jaidi amik kan. Mana gambar tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada eh?? alaa..nanti akk cr dlm album qaseh.kikiki... hahaha apa la ty ni..gendut gendut.. mana ada ..

      Delete
    2. Tu nampak vunchik! OMG! Haha Ty ada dh gambar tu. Up entry dh tadi.

      Delete
  3. Wahhh.. syoknya depa... Huhuhu...

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum fiza...seronoknya dapat pi tengok live tu....nanti boleh tengok masa siaran nyer kat tv...:)

    ReplyDelete
  5. wahhh best la dapat tgk live kat sini, lagi untung bila dapat bersama ramai blogger. boleh luaskan empayar..... hihihi....

    ReplyDelete
  6. suka gambar header awk.. cumey!

    done follow sini.. jom follow n singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. oh akak is jeles...nak jugak pi sini....

    ReplyDelete
  8. WAH.. SERONOKNYA.. TAK PERNAH PERGI SHOW2 SEBEGINI..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤