Assalamualaikum.
Untuk kali kedua, kami memanjakan perut menikmati keenakkan dan kesedapan Grill Burger di sini :) . Diet yang dipertahankan selama beberapa hari, terpaksa di tolak kelaut
dahulu :p
Kami is Ben, Najeeb, Que, Syahir, Eddy, Kak Zila, Kak Sue, Yanty, Qaseh ,Weeda, dan Fiza . eh lupa, Qhaliff ada sekali :p tp Qhaliff tak makan la, dia tengok je, bukan tengok kami makan , tapi tengok upin ipin dalam fon daddy ye . erkk .
Fiza tak tahu nak describe kat korang macam mana sedapnya burger tu , sebab, rasa dia sangat sedap , sedap dia macam.. haaa tu yang tak boleh nak terangkan tu . Sebab dia memang sedap . Sedap yang tersendiri . Kali pertama makan dulu , fiza makan Lava Grill Beef Burger . Tapi untuk kali ni, fiza cuba Lava Special Chicken Grill . fuhh memang mabeles sungguh! lagi sedap! Harga sangat berpatutan, berbaloi dengan hidangannya :)
haaa, hamekkk , sila nikmati pemandangan menggiurkan ini ye :p
Setiap gambar ada cerita , bak kata Yuna . Sama jugak dengan gambar-gambar kat atas :) Bahagia sangat perut kami pada malam itu . ermm last week rasanya kami serang Restoran ni :) Gambar tersimpan rapi dalam folder, hari ni baru ber'UPDATE' :p
Restoran ni , masa first time kami datang, lokasi dia dalam Restoran Bismillah di Sri Kembangan, tapi sekarang , dah pindah dah, dah ada Restoran sendiri :) Bangunan warna oren, berdepan dengan kedai pakaian Hari-Hari Sri Serdang . Untuk maklumat lanjut, boleh klik di fb Lava Grill Burger . Tadi masa fiza jengah ke fb LGB ni, ternampak satu post ni :
Waaa.. fiza baru tahu yang caw dia dah dibuka di Taman Warisan ni :) Baru plan nak g luncheon kat situ esok :) yummilicious!
Sedapkan burger dia? hehe...tapi sayangnya tak sesedap seperti dulu.
ReplyDeletetaman warisan dekat putrajaya tu ke?
ReplyDeletewahh..nanti bila2 ke sana boleh cuba.. :)
Mcm bijan atas roti tu.. ngeeee. Nmpk mcm sedap!
ReplyDeleteeh..dia buka kat Taman Warisan... wah
ReplyDeleteleh la try nanti...
tp buka pukul 3ptg...mana nak sempat g makan..
lunch pun kul 1 ptg...
mungkin hari cuti leh g sana....
Sumijelly.com
wahhh menggodanya burger tuuuu! dan lagi best bila dapat lepak semeja ngn blogger. siap abg beng ada tu...heee!
ReplyDeletep/s : header baru ya, bila tukar tu?
daging ayam ade????? nampak mcm best sgt sgt sgt..
ReplyDeletep/s: peminat english cotton?