Mula mengira hari


Assalamualaikum .

Sekarang ni, fiza dah mula counting days, hours, minutes. ecececech :p . Ada kurang lebih 12 hari je lagi , warghhhh! 12 hari? tak sampai dua minggu dah lagi .erkkk .tik tok tik tok 



Berpinar kejap mata. Dah lama kot tak rasa perasaan gementar nak exam macam ni .Kalau boleh setiap barisan ayat dalam modul tu fiza nak hafal and ingat . Tapi apakan daya , memang tak mampu la nak mengingat kesemua modul yang berhalaman lebih kurang 200 m/s setiap satu tu . Ada 9 subject dan 1 subject ada 2 atau 3 atau 4 modul . haaa! mampu kau nak ngafal? @#$$@%^%$ , fengsan!

So, cara terbaik yang fiza buat dalam masa yang cenonet ni ialah, 

1. baca balik modul2 tu sekali imbas *memang betul imbas sekali je :p  
2. tulis isi penting atau keyword yang senang nak ingat dalam satu kertas A4 yang dilipat dua . Buat nota ringkas dengan tulisan ber'colourfull' pastu, baca yang tu je di saat-saat genting ni.wuwuwuwu T_T .  
3. Satu lagi cara fiza buat , erkk malu nak cakap, baca balik kuat-kuat nota yang fiza tulis tu, then rakam , then dengar balik guna earfon . Tu time malas nak membaca, so,  dengar je . listen listen listen! ehh tetiba :p

pssst, cara yang ketiga tu bagus tau, alaa dengar pastu Insyaallah akan ingat, macam kita ingat lirik lagu tu . Lama-lama dengar, secara automatiknya, mesti akan ingat kan! Masa nak rakam tu, sukahati la nak buat macam mana intonasi suara pun, asal jangan buat suara telinga sendiri dengar pun ngeri sudah . ngeeee :p Lagipun bila guna cara ni, kat mana-mana pun boleh dengar, masa buat kerja kat ofis pun sambil-sambil tu, pasang earfon kat telinga dan boleh dengar. Tak ada masalah, asal kerja ofis jalan sudah.

Setakat ni,  tu la yang fiza buat . Sesi berinteraksi dengan pensyarah dah habis kan . Dalam program PJJ ni, kita bukan selalu boleh jumpa mereka . Ada masa-masa tertentu sahaja, tengok pada jadual . Tu pun berinteraksi secara sidang video. Bukan face to face macam full time student . Untuk bersemuka dan belajar sama macam biasa hanya waktu Intensif je, 3 minggu di kampus induk. Haaa, bila Intensif ni memang best giler! semua pasal kerja, 100% aku tolak tepi :p keh keh keh .




Comments

  1. Ha> Lagi 12 Hari ke nak exam , dah tu kenapa xnak join ke Kelantan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. iyooo.. sebab dalam masa seminggu before exam tu akk ada study group ty :)

      Delete
  2. Salam, Singgah sini...
    Good Luck Fiza, May Allah bless you...

    ReplyDelete
  3. gudluck yunk :) jijah doakan fiza berjya ok..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤