Perempuan Lindungan Kaabah


Assalamualaikum .

Akhirnya, berjaya jugak habiskan sebiji novel . Baru sebiji :p . Tapi yang sebiji ni pun dah 846 m/s , fuhh tebal weh! lama jugak la nak habiskan . Walaupun tebal, gagahkan jugak nak habiskan sebab kisah dia lain dari novel yang pernah fiza baca sebelum ni ,unik sikit :) Sangat best! kalau la awak ialah seorang kaki novel , memang wajib baca !

Perempuan Lindungan Kaabah , hasil tulisan Hana Ilham . First time fiza baca novel dari penulis ni dan fiza pun tak tahu sama ada beliau ada novel lain atau ini yang pertama . Tak pasti. Dan kalau ini ialah novel pertama beliau, fiza memang impressed sangat-sangat dengan daya kreativiti beliau menyusun setiap bait ayat-ayat menjadi cerita yang sungguh memberi pengajaran dan terselit pelbagai ilmu untuk amalan kita sebagai pembaca .




Novel ini mengisahkan Hanan, seorang ustazah yang digelar Perempuan Lindungan Kaabah yang penuh dengan sifat muslimah sejati di uji dengan pelbagai dugaan dalam hidup dia . Dugaan dalam memilih teman hidup, dugaan sebagai isteri dan dugaan sebagai insan yang menjadi rujukan seorang lelaki yang ingin memeluk islam . Menjadi idaman 2 lelaki  . Amir, membesar sekali dalam rumah yang dihuni oleh Hanan, menyimpan perasaan terhadap Hanan dalam diam, seorang peguam syariah dan seorang muslim sejati . Alex pula, lelaki berbangsa cina yang berminat dengan Islam . Berjumpa Hanan secara tidak sengaja dan tekad menjadikan Hanan sebagai rujukannya dalam mendalami Islam hingga tanpa sedar, wujud perasaan cinta antara satu sama lain . Tapi perasaan tu tetap dibatasi dengan landasan agama . Keduanya menyintai Hanan, namun takdir dalam hidupnya tertulis yang dia  akan bersuamikan seorang lelaki yang penuh dengan sifat jahil . Lelaki fasik yang beragama islam tetapi hidup penuh bergelumang dosa . Fareez .

Haaa, dah dah, review sikit je, kalau nak tahu cerita lanjut dia, kena la baca sendiri :p , watak antagonis dalam novel ni ialah Sally . Siapa Sally? dan apa kesudahan nasib Hanan? teruja tak nak tahu?hiksss . tak pe , tak pe . Nanti jangan lupa beli dan baca oke :)

pssst  ~ Cik Nur dah baca ke belum novel ni? 




Comments

  1. Macam best jer ni. Tgh nak cari novel baru. 6 buah novel yg beli aritu dah habis baca ☺☺

    ReplyDelete
  2. Belum baca lagiii..!

    Review fiza mcm bestlah...!
    Sekarang Nur stop kejap baca novel..nanti nak sambung balik..nur nak belilah novel ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi, oke, nanti Nur dah free, Nur beli eh :)

      Delete
  3. alamak.. mcm best je.. bleh pinjam...? hahahahahaah

    ReplyDelete
  4. Jadi penasaran dengan isi novel dan cerita si Hanan. ada versi PDF?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤