Resepi Mudah dan Simple l Puding Jagung


Assalamualaikum.

Ramadhan ke-16 semalam, fiza berbuka kat rumah je, dan kebetulan fiza balik kerja awal sikit dari biasa serta ditambah dengan tahap kerajinan yang agak maksimum semalam, so habiskan masa setengah jam di dapur sediakan pemanis mulut untuk berbuka iaitu Puding Jagung . Puding ni antara puding yang sangat-sangat senang nak buatnya . Fiza saja post gambar puding yang fiza buat tu kat I.g, dapat komen positif dan salah satu komennya, daripada Mieza . Mieza minta fiza bagi resepi . haaa, camno ambe nak bagi resepi kat I.g? panjang lebar la jadinya  kan. hiksss.
So untuk senang baca, kak fiza tulis resepi dia kat sini ye Mieza :) 
*Bab tulis resepi fail sikit, tapi harap faham la :) 



BAHAN-BAHAN

1 tin Jagung dalam tin yang berkrim 
1 tin Susu cair Ideal 
3 cawan Tepung kastad 
3 cawan Air (kena hati-hati masukkan air, jangan sampai terlalu cair, nanti takut jadi lembik sangat)
3 cawan Gula


CARA-CARA

1. Masukkan tepung kastad ke dalam mangkuk/bekas dan campur dengan air, bancuh sampai sebati dan bila dah sebati, masukkan kesemua bahan lain .
2. Masukkan puding ke dalam periuk/kuali dan kacau menggunakan api kecil hingga jadi kental dan berkilat
3. Bila dah masak, masukkan ke dalam loyang/bekas yang sesuai.
4. Biarkan sejuk dan kemudian, masukkan ke dalam peti ais . Bila dah sejuk keluarkan dan bolehlah dihidangkan :)


Haaa, Itu je bahan dan caranya, very de simple kan!




Comments

  1. laa..senang nya, ingatkan nak kena kukus la, bakar la..sejukkan dalam peti aje? kalo rajin nnt leh ler try jgk..hehehe thanks tau..

    ReplyDelete
  2. Senangnyaaaaa. ..nak buat la nanti....favvy akak ni..

    ReplyDelete
  3. senang je caranya ehh....
    nanti kalau rajin bolehlah cuba :)

    ReplyDelete
  4. yeah,so simple...bleh la try lps nie:)
    puding jagung nie mmg favourite sejak dr dulu lg..

    ReplyDelete
  5. adeh.. terbaca pula masa2 kelaparan ni.hahaha.. agak2 kalau saya yang buat jadi apa entah puding ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤