Rest In Peace sahabat :'(


Assalamualaikum .

Perasaan fiza sekarang ni ,

SEDIH
TERKILAN

kedua rasa tu bercampur baur dalam hati ni . Tadi, fiza dapat SMS dari kawan ofis , dia bertanyakan pasal salah seorang kawan baik fiza, katanya, kawan fiza tu sedang tenat . Dia suruh fiza buka email untuk sahkan . Fiza buka email rasmi Kementerian , dan baca email tu . Masa baca tu, tergamam kejap. macam tak percaya . Dalam kepala ni duk fikir, Jit! kenapa dengan u Jit? (kawan fiza non muslim) Terus fiza kol hubby dia . Panggilan berjawab dan fiza terus tanyakan keadaan jit . Apa yang di ceritakan oleh hubby dia, memeranjatkan fiza . Rupanya, sakit yang di alami lama dulu, masih ada kesannya . Dan akibat kemuncaknya menyebabkan kawan fiza terlantar tidak sedarkan diri petang tadi. . Dia kritikal! Jit , kenapa dengan u? kenapa i tak tahu u masih sakit? :'(

Apa yang buat fiza terkilan, rupanya dia sakit dari bulan Januari lagi, dan sepanjang dia sakit, sekali pun fiza tak pernah dapat khabar yang dia sakit. Dia hanya di Sepang, fiza di Putrajaya . Jarak yang sangat dekat untuk fiza pegi melawatnya kalau fiza tahu dia sakit. Last kami berjumpa tahun lepas, dan lepas tu, berborak dalam telefon. macam macam yg kami borakkan, dan tak sangka, itu adalah perbualan terakhir kami :'( Dia sangat happy waktu tu, sihat dan seperti biasa, senyuman memang tak pernah lekang dari bibirnya .Siapa pun takkan tahu dan mungkin takkan percaya kalaupun dia kata sedang menanggung sakit . Fiza tanya keadaan dia, dia kata dia sihat . Dah tak sakit .

Bila keadaan semakin tenat, hubby dia bawak balik ke Taiping. Masa fiza tahu keadaan dia tu, dia dah berada di Taiping .Dan baru kejap tadi (dalam jam 10.00pm), kawan fiza di Ipoh call maklumkan ,

"fiza,kawan kita, Jit dah tak ada" . 

Jit .. sampai sekarang i masih terkilan , kenapa i tak sedar , tak terfikir yang u sedang sakit . U diamkan diri, kita tak berhubung hampir setahun, kenapa i tak terfikir yang diamnya u kerana u sedang sakit . I baca balik mesej2 kita, dan baru i perasan, last mesej i hantar kat u, i mintak maaf dengan u kalau sepanjang i kenal u, i ada ada guriskan hati u .

Rest In Peace Jit .We will miss u . Kenangan sepanjang kita berkawan, tetap dalam ingatan i .



Comments

  1. Replies
    1. mekasih kak :) tp sampai skrg terbayang wajah dia :'(

      Delete
  2. sabar ye fiza,,,jgn sedih2..meh join segmen..fizi dh tag fizi dlm entri fizi http://kakikerja.blogspot.com/2013/07/contest-ramadhan-raya-by-cik-akak.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. oke, mekasih fizi :) oke.. insyaallah. Tapi xboleh nak like page, kena block guna pc ofis :'(

      Delete
  3. Taiping..?dimana..?
    sabar byk2 yea fiza..sekurang2nya dia dah tak tanggung sakitnya lagi...

    dia mgkin xbgtahu kawan2 sbb dia xnak kawan2 dia risau....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah Nur, kat Taiping,, alaa fiza lupa nama tempat tu .. betul Nur kata , lama dia sakit, biarlah dia pergi dari terus derita :'(
      Semalam, kawan mesej, betul.. dia xnak bgthu fiza sbb dia xnak kawan dia risau :'(

      Delete
  4. takziah... sabarlah ye. mungkin die taknak u sedih kot.. =(

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤