Kenalpasti antara COACH Original dan Tiruan


Assalamualaikum .

Hello =)

Handbag dan perempuan memang tak dapat di pisahkan betul tak?  Mana-mana perempuan pun  mesti ada keinginan nak memiliki handbag berjenama /branded contohnya macam COACH, LV, GUCCI macam-macam lagi lah . Harga handbag yang berjenama ni memang mahal , tapi kalau mampu, apa salahnya berbelanja untuk diri sendiri kan . Dapat satu pun jadi lah , haha.

Sekarang ni banyak peniaga online yang  buat perniagaan handbag online dan kebanyakkannya menggunakan jenama seperti yang fiza sebut diatas tu . Ohh, yang paling popular of course la COACH . Fiza pun tak terkecuali banyak juga la belek-belek website handbag berjenama mahal ni dan kadang tu ada juga keinginan nak beli bila tengok harga yang jauh lebih murah berbanding di Butik . Tapi bila fikir balik, ehhh betul ke original ni ? Macam ada keraguan sikit . So untuk tidak tertipu dan  nak kenalpasti keaslian handbag COACH ni, fiza ada terbaca di blog http://www.bagbliss.com mengenai cara nak kenalpasti COACH yang fake dan original ni! 

Antaranya,

1)

Sumber Gambar

Kalau yang fake ni, susunan huruf 'C' dia tidak teratur atau tidak bercantum/selari di setiap cantuman jahitan, perhatikan gambar dia atas .

Sumber Gambar

Berbeza dengan COACH yang original , susunan dia tetap kemas dan bercantum di bahagian sambungan tu :)

2)

Sumber Gambar

Dalam susunan huruf 'C' COACH yang fake , dia cuma menggunakan single 'C' sahaja untuk setiap arah .

Sumber Gambar

Manakala untuk yang original pula , huruf 'C' tu double untuk setiap arah .


Dua cara tu adalah yang paling asas dan senang untuk kita check , banyak lagi sebenarnya cara nak kenalpasti yang fake dan ori ni, kalau nak tahu lagi, klik sini . Untuk orang yang bukan pakar dalam hal nak kenalpasti sedalam-dalamnya antara fake dan original ni boleh la gunakan dua panduan ni untuk check dulu sebelum beli. Jangan tak tahu, harga yang dijual atas talian ni pun mahal dia pun boleh tahan.

Jadi lepas ni berhati-hati dalam membeli oke . Banyak sebenarnya yang betul betul original yang di jual secara online ni, cuma kalau kita nak buang keraguan kita dan tak nak rasa tertipu labur duit untuk handbag yang fake ni, boleh la guna cara-cara ni untuk pastikan dan yakin yang kita nak beli tu adalah original punya :)

Itu je lah info ringkas yang fiza nak kngsikan disini memandangkan sekarang ramai giler peminat handbag Coach ni. Kesimpulannya, hati-hati ketika membeli dan jadilah pengguna bijak ya!


Comments

  1. good info,i pakai beg downtown je..heheee..boleh beli banyak2 n seswaikan ngan baju..hehehee

    ReplyDelete
  2. wahhh..good info!thanx 4 sharing fiza..lpas ni blh online shopping tnpa riso terbeli yg fake..hehe..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome :) betul betul , pasni jadi pengguna bijak :)

      Delete
  3. wah..mmg hebat lah mata2 original..mudah detach fake punya barang..bagus juga entri ini..dapat juga fizi kenal pasti barang original dan fake :)

    ReplyDelete
  4. wah good info.ni sis.kak lea sekali jelah pernah beli kat klcc.tunggu abang ipar pergi US lagi,nak kirim kat sana jelah sebab kakak beli sana,murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh, best lahh . boleh direct dr sana ! kompem ori dah tu :)

      Delete
  5. oooo....best info ni.. :)
    baru tahu...

    thanks sudi share..

    ReplyDelete
  6. Oh.. good info.. selama ni tak tau pun.. hehe tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤