Tempat makan sedap di Bandung :)


Assalamualaikum .

Sambungan cerita di Bandung lagi :) hamboi, kemain lama kan, seminggu lebih baru ada sambungan dia :p

El Cavana Hotel .
Jl. Stasiun Barat No. 25 - 27 Bandung 40181, West Java - Indonesia


Selama 2 hari fiza kat Bandung, semua tempat makan yang kami singgah untuk bersantap, semua makanannya SEDAP SEDAP! . Tolong percaya :p tak caya? ha tak caya sudah .

Lepas penat berfoto di Tangkuban Parahu, kami dibawa Pak Heru bersantap di sini ,

Location Jl. Cikutra, Surapati

Restoran ni memang terkenal di kalangan pelancong untuk bersantap waktu lunch . Lauk pauk yang dihidangkan memang boleh bagi A++ . SEDAP .semua lauk sedap . Apa yang fiza tahu, makanan yang terkenal di sini ialah Gulai Otak .errrk otak apa tak sure la pulak sebab fiza tak makan, eeerr pandang pun tak :p Tapi kawan-kawan lain yang makan kata sedap . Kalau korang pengemar otak, boleh la cuba :p 


 Tudia, penuh meja dengan lauk pauk makanan traditional Indonesia . Bila kita masuk ke sini, pelayan dia akan hidangkan pelbagai jenis makanan, TAPI, kita cuma perlu JAMAH apa yang kita nak makan je SEBAB, apa yang kita tak jamah tu, dorang akan datang angkat balik dan makanan tersebut tidak akan di kira . So, kalau datang sini, jangan ngegade nk main-main cuit cuit semua ye . kalau betul nak makan tak pe . sebab kalau dah cuit, dia dah kira kene bayar :)

meh close up sikit :p


Ye, memang nampak biasa je , tapi sekali kalau dah rasa, memang akan terkenang. ehh macam iklan pulak :p Ayam goreng dia tu pun sedap dia lain macam . nyumm nyumm .

Dah siap bersantap, lokasi kami seterusnya ke tempat yang sememangnya TERKENAL disini untuk pelancong bershopping . PASAR BARU
Pasar baru ni terletak berdekatan je dengan hotel kami menginap, haa sebab tu fiza kata, berbaloi duk hotel tu, sebab semua dekat :) 



Ni diaa, Pasar Baru nya . Jalan ke sini memang sesak dan, dalam Pasar Baru tu pun lagi sesak .Ramai orang membeli dan membelah dalam tu :p Pasar Baru ni memang tempat orang-orang kita nak beli souvenier, telekung sembahyang, kain lace, kain pasang berkerawang tu , macam-macam lah . Fiza pun tiba-tiba jadi tamak haloba bila masuk sini sebab barang murah! Tapi branded brands tak ada la kat sini . Kalau nak pakaian macam t-shirt, jeans, shoes, handbag ke biasanya orang akan ke tempat yang namanya Rumah Mode, Factory Outlet , Jalan Riau dan satu lagi tempat fiza lupa jalan apa . Tapi, kan, kalau next time ada rezeki pegi lagi, fiza nak ke Rumah Mode dulu sebelum Pasar Baru .haha . Baru la rupiah tak habis banyak kat Pasar Baru :p

Nexttttttt!

Esoknya, dahh nak balik . sob sob sob . sebab tu fiza kata ,kejap je kami kat sana :p huhu . Tapi nak duk lama pun , buat apa jugak, sebab semua tempat menarik kat sana kami dh jelajah dalam masa dua hari tu :p flight malam, so, sempat la sebelum balik tu, kami menjelajah ke tempat lain pulak :p

Hari kedua tu, kami ke RUMAH MODE, terletak di 41 Jalan Dr. Setiabudhi, Bandung, Indonesia. Rumah Mode ni salah satu tempat  kita yang datang melancong ni wajib singgah tahu!
Orang kat sana kata, dekat sini, kebanyakkan golongan pertengahan, kaya dan artis-artis yang bershopping . Masa fiza pegi tu pun, kat tempat parking dia, penuh dengan kereta berplat Jakarta .hurmm mungkin orang dari sana datang berjalan ke Bandung. Shopping kat situ .kan .


Dalam Rumah Mode ni, terdapat pelbagai jenama pakaian. Pakaian kanak-kanak xyah cakap la,macam-macam jenis . Orang yang kaki shopping, memang patut datang sini . MURAH hokey! 

Destinasi seterusnya, fiza ke KARTIKA SARI pulak .bukan musium eh . ni tempat beli kek lapis Bandung . Nyum nyum . balik sini, sekali ngapp je, habiss .huhu



Terdapat pelbagai jensi kuih dan KEK lapis di sini . Sedap! kalau ke Bandung, kene datang sini tahu :)

Settle membeli kek untuk makcik kak cik maklang sumer kat sini , tengok tengok jam dah tengahari . Maka, perut pun bernyanyi nyanyi manja minta diisi :) Tempat makan kami yang terakhir kat sini ialah disini



Orang biasa panggil Restoran Sunda :)
Makanan kat sini pun superbb best! .



haaa, ha .. terliuqq ka? hikss . Makanan biasa je, tapi sedap .ishh dh bape kali sedap nih .hihi . Sambal Belacan dia, TERBAIK!


Kalau korang ada nak ke Bandung , kene singgah makan kat sini oke . Restoran ni terletak di Jl.Karangsara, No.5 ,Setiabudi, Bandung.


Haaa. kalau tak nak makan kat dalam, bersantai la kat pondok-pondok dia. :)

best kan :)

Siap makan, berpusing-pusing bandar Bandung lagi pastu , tiba masa untuk balikkkk .. huhuhu .


Balikkk, balikkk :p

Maka, habis laa ceritera Bandung hambe dalam kisah kali ni :)
Nak bersiap untuk berpintball pulak :)

psst ~ Doakan fiza dalam interview Selasa ni yee :)



Comments

  1. Huu teringin nak ke sana
    doakan2 la ye
    and goodluck intview nt !

    ReplyDelete
  2. bestnya!
    nak pergi Bandung jugak.. huhu
    All the best for interview! :)

    ReplyDelete
  3. wow bestnyaaa bila lerr Abee dpt sampai sana :)

    ReplyDelete
  4. hadoii hai..terliurnya nur tgk..nak2 pula tgk ayam yg garing2 tu....

    fiza ada cuba makanan yg diorg jual tepi2 jalan x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ayam tu sedapppp nur! . errr xcuba Nur , takutt :p

      Delete
  5. Replies
    1. ms fiza pg tu,bajet dalam RM500 utk tiket flight, hotel, tourism guide and utk makan pulak, dalam RM 100 lebih camtu . dan Shoppingg, fiza spend RM1000 lebih . :) kira, tak sampai RM2000 la.. tu pegi berkumpulan, 2 hari 2 malam :)

      Delete
  6. bestnya fiza gi jenjalan bandung, view dia menarik, makanan pun nampak best.... hrmmmm melonjak lak keinginan jaa utk ke sana....hihihi...

    ReplyDelete
  7. saya dah ada passport nanti boleh jadi tour guide saya ye hahaha

    ReplyDelete
  8. wah tersangat la best..xpenah p obesi lg..huhu

    ReplyDelete
  9. Salam singgah..mencari info tempat-tempat2 makan yang best diBandung.Insyallah akan kesana minggu depan.Tq kerana berkongsi ye

    ReplyDelete
  10. salam, boleh tak bagi contact number pak heru tu...tq. email ke tembikai22@gmail.com

    ReplyDelete
  11. salam, boleh tak bagi no pak heru tu? email to: tembikai22@gmail.com. tq.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤