Assalamualaikum .
Hari ni, dah keluar dah result temuduga kenaikan pangkat yang dibuat baru-baru ni oleh Kementerian tempat fiza keje. Ramai yang kecewa. Hanya dua tiga orang je yang berjaya untuk simpanan . Rezeki masing-masing.
Tahniah untuk mereka :)
Tahniah untuk mereka :)
Bila datang kecewa, setiap orang punya cara berbeza untuk luahkannya . Dalam pelbagai bentuk . Ada yang meluah dalam keadaan marah, sedih, redha dan macam-macam lagi . Dan paling ketara bila ada yang berpegang teguh dengan kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" . Hurm . "Orang Dalam" . Orang dalam ni kira seseorang yang berpengaruh dalam sesuatu keputusan di sesebuah Jabatan la.
Betul , sekarang, ramai yang menggunakan 'orang dalam' untuk memenuhi keinginan macam nak dapat kerja, kenaikan pangkat atau dalam isu pertukaran . Fiza tak nafikan tu . Cuma yang kita perlu ingat . Bukan dengan IZIN 'Orang dalam' tu kita berjaya memenuhi keinginan kita tu! Contoh , kita berjaya dalam pertukaran yang kita mohon melalui pertolongan seseorang , dalam gembira tu , terima kasih kita hanya pada dia hingga lupa nak berterima kasih pada Yang Maha Esa . DIA. Kita LUPA, bahawa, setiap sesuatu yang berlaku adalah dengan KEIZINAN-NYA .
Dan yang sedihnya, bila gagal , kita seolah gunakan alasan tu untuk menghentam . Kata-kata "Tak ada orang dalam, memang sampai bila pun takkan dapat" pun tersemat dalam kepala . Percayalah, Waima kita gunakan Ketua paling berpengaruh sekali pun , kalau dah ditakdirkan Allah kata rezeki tu BUKAN untuk kita , maknanya memang takkan jadi milik kita. Jangan terlalu kecewa hingga kita menyalahkan takdir .
Kun fayakun .
Bila mana Allah kata jadilah, maka jadilah ia tanpa siapa atau apapun yang boleh menghalangnya. Takkan tertangguh walau sesaat .
Insyaallah , Saat kita gagal dalam sesuatu yang kita inginkan, Allah telah aturkan sesuatu yang jauh lebih baik untuk kita . Begitu juga bila datang ujian untuk kita . Allah hadirkan kita ujian kerana DIA rindukan rintihan hambaNya . kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, ujian dan musibah, mengingatkan kita pada Dia . Kita yang alpa selalunya akan merintih pada Allah, hanya bila di dalam kesusahan :'(
Berusahalah , TAPI jangan sampai lupa pada DIA .
semuanya rezeki dari DIA kan..
ReplyDeletebetul :)
Deletesaya pun dukacita..
ReplyDeletekita serupa :)
DeleteWsalam n salam blogging .. mungkin itu atas rezki masing-masing , untuk orang lain mugkin hari ini mereka tak dapat akan datang mereka akan dapat :)
ReplyDeleteSabar ye kak , biarlah mereka dengan usaha yang tak jujur dengan menggunakan ORANG DALAM nanti mereka menjawab lah DI DALAM sana nanti. In Sha Allah , rezeki akak akan sampai jugak nanti. Usaha la dengan ikhlas bukan menunjuk dan cara yang salah , nescaya ada ruang akan akak kecapi kejayaan yang lebih bermakna dalam hidup dan kerjaya nanti. Tuhan tau akak kuat untuk harungi ujian dan kegagalan , dan Tuhan nak akak terus berusaha bukan jatuh tersungkur dan terus mengalah. Chaiyok Kak Fiza ku sayang!!!!
ReplyDelete