Assalamualaikum .
Baru lepas tengok drama kat Astro Oasis , Renungan Ajal tajuknya . Drama ni, setiap plot membawa kita bersama ke arah mendekatkan diri kepada yang ESA . Sungguh banyak pengajaran dan kebaikan yang boleh kita kutip sebagai pedoman dalam hidup . Berbeza sungguh dengan drama- drama 'Lu, Gua' yang sering dapat tempat di setiap stesen TV sekarang ni :'(
Cerita dia mengisahkan seorang Kor Agama Tentera yang dapat keistimewaan daripada Allah SWT merasai saat 100 hari kematiannya . Setiap hari , dia mengira detik dan tanda dalam diari tarikh-tarikh 40 hari, 7 hari , 3 hari sehingga la saat kematiannya. Terlalu takut dia mengira detik tu . Masa dia banyak dihabiskan dengan Akhirat, tanpa melupakan tanggungjawab dunia dia .Perubahan diri dia, disedari isteri dengan anak dia tapi bila ditanya , hanya jawapan 'tak ada apa-apa' yang dia bagi . Akhirnya, tarikh kematiannya dia pun tiba . Dia meninggal dalam Sujud waktu bertugas di Lubnan .Sebelum dia meninggal, dia amanahkan kawan dia untuk serahkan bungkusan yang berisi diari kepada si isteri . Bila Isteri dia baca diari tu, baru isteri dia sedar , kenapa sebelum ni si suami banyak berubah . Rupanya berubah kerana sedang bersedia menemui Penciptanya :'(
Oke . Fiza nangis tengok drama tu :'( *tapi sempat cover takut husband tgk :p
Itu cuma sebuah rekaan drama tetapi dalam kehidupan realiti pun, tiada satu kemungkinan pun bagi Allah SWT untuk berikan keistimewaan tertentu kepada hambaNya . Kuasa Dia melebihi segalaNya :) Mustahil pada akal manusia, tapi tiada yang mustahil bila Allah SWT mengkehendakkannya berlaku.
psst ~ Ajal tidak pernah jauh dari manusia , berada terlalu dekat . Cuma, bila waktu dan saatnya dia datang menjemput, tiada siapa yang tahu :'( Rasa takut itu semakin menebal .
takut =(
ReplyDeletetak pernah cepat mahupun lewat walaupun sesaatkan....
ReplyDelete