Assalamualaikum .
DEJA VU ! apa tuu . haha dalam WhatsApp group *dalam bloglist Kawan dari semalam perkataan DEJA VU ni muncul , dan pagi tadi ia muncul lagi :p . Bila bercakap pasal DEJA VU ni, memang akan ada soalan " Deja vu tu apa?" . Sama la dengan Fiza semalam . Tanya soalan tu .
Fiza ada ceritakan satu situasi kat kawan-kawan, tapi tak tahu nak describe situasi tu macam mana , lepas cerita tu, tiba tiba ada salah sorang member dalam group tu cakap
"Dejavu la tu fiza" . Selepas mengadakan perbincangan di WhatsApp *ecececece maka terungkai la maksud DEJA VU ni .
Secara mudah dan ringkasnya, Deja Vu adalah keadaan di mana kita berada dalam situasi keliru macam "Pernah melihat/merasa " atau "pernah mengalami" . Maksudnya , kita mengalami suatu pengalaman yang kita rasa kita pernah lalui dan rasa sebelum ni . Cuma tak pasti bila , Dan selalunya , bila keadaan ni terjadi, mesti ayat ni yang akan keluar dari mulut ;
"ehh, aku rasa macam aku pernah lalui la keadaan ni, tapi bila eh"
Haa, tak payah pening, Fiza dan almost semua orang pernah alaminya :) ianya perkara biasa.
Dalam gambar kat atas tu, mengikut tafsir sains bagaimana Deja vu ni berlaku .
Itu la dia Deja vu . Bila sebut Deja vu ni, teringat pulak kat drama TV3 yang femes d amos dulu kan . Dejavu di Kinabalu . hihi, Fiza tak pernah miss drama tu :p So sekarang, baru faham maksud di sebalik tajuk drama tu :)
Dejavu Kinabalu~ lalalala
ReplyDeleteoo...baru faham...jelas maksud fiza ni.. :)
ReplyDelete