Assalamualaikum .
Pada 29 Nov - 01 Dis 2013 yang lepas , Pusat Perlancongan Malaysia (MaTiC) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Perlancongan dan Kebudayaan Malaysia telah menganjurkan satu program yang diberi nama "MaTiC Fest 2013" di MaTiC Jalan Ampang, Kuala Lumpur . Program ni bertujuan untuk mempromosikan MaTiC sebagai "One-Stop Centre" untuk kemudahan pelancong yang datang tidak kira dari dalam atau luar negeri dan ianya merupakan acara tahunan di MaTiC yang mana penyertaannya terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk bersama memeriahkannya.
Untuk tahun 2013, antara acara yang diadakan ialah pertandingan Paintball , pertandingan & pameran kucing, pertandingan Treasure Hunt , pertandingan karaoke, pertandingan mewarna batik, pertandingan cabaran sukan rakyat, pertandingan mewarna , pertandingan Arm Wrestling dan pertanding Tamiya . Hadiah yang disediakan sangat lumayan! korang boleh tengok dalam gambar di atas :)
Haa, kenapa Fiza Highlight kan yang pertandingan Treasure Hunt tu? hihi, sebab hanya acara tu yang Fiza dan kawan-kawan #KelabBloggerBenAshaari join pada 1 Dis (Ahad) lepas :) Sangat best tahu! Memang hari tu merupakan hari aktif kami lah . Acara ni merupakan acara berkumpulan yang mana setiap kumpulan perlu ada 2 orang . Fiza bergandingan dengan YanTy :) dan team kami diberi nama Floppy! haha masa urusetia mintak nama kumpulan, hanya nama tu yang terlintas kat kepala ni :p
Untuk acara ni, kami perlu mengharungi dan menyelesaikan 10 cabaran yang akan diberikan di setiap check point . Fuhh betul-betul menguji kesabaran mental dan fizikal ! Tapi walaupun pelbagai onak dan duri Floppy team lalui, itu semua tidak mematahkan semangat juang kami . Kami berjuang sehingga ke titisan peluh yang terakhir! wahhh bersemangat kan kami :)
Terbaikk Ty! tembakan tepat mengenai sasaran dalam masa 3 saat! *bangga bangga .
Selain aktiviti Treasure Hunt ni, ada lagi aktiviti lagi yang menarik minat Fiza untuk tengok dan berkongsi kat sini iaitu pertandingan dan pameran kucing meow meow comel . Kalau korang peminat kucing yang Tegar , memang rugi tak pegi ke MaTiCfest2013 nih! Tapi jangan sedih, tahun depan kalau ada lagi aktiviti untuk cat lover ni, korang jangan ketinggalan oke!
Sila tahan nafsu anda bila tengok kecomelan dan keseksian meow meow ni ek :)
lahaiii geram nye! bermacam jenis kucing ada kat sini :) comel kan <3
Selain pertandingan kucing, ada jugak aktiviti pertandingan Tamiya di sini! Tamiya adalah pertandingan race car yang menggunakan remote control . Sesiapa yang kaki racing, boleh try pertandingan ni , tak ada lesen pun boleh racing tahu! hihi .
Lepas join semua aktiviti, kalau dahaga ke lapar ke, jangan risau , sebab di sini juga ada disediakan gerai-gerai jualan makanan . Selain gerai makanan, pelbagai jenis gerai jualan seperti pakej percutian, barangan penjagaan diri, pakaian dan macam-macam lagi juga terdapat disini . Macam-macam ado korang oiii .
Satu hari Fiza habiskan masa di MaTiCfest 2013 ni memang berbaloi dan enjoy! Meriah sangat . Tahun depan kalau ada peluang, boleh join lagi :) Ohhh lupa nak cerita habis pasal Treasure Hunt tu .hihi . Team Floppy tak menang pun :'( sobs sobs . Tapi walau tak menang, kami tetap membawa pulang sesuatu . Iaitu, pengalaman dan semangat kerjasama yang tak tahu bila boleh rasa lagi bersama kawan-kawan :)
Lan Zailan- Pengacara Majlis di MaTiCfest2013
#KelabBloggerBenAshaari
Saya pun bangga! Heee *poyo tak?*
ReplyDeletehaha! lepas frust untuk cabaran pertama, terubat dgn markah cabaran kedua :p
Deletesetuju! lepas geram di sini.
DeleteHebat....semoga berjaya selalu.
ReplyDeleteamenn :)
Deleteakhirnya jumpa juga link blog yan ty kat sini..:)
ReplyDeletewahh ada org mencari yanty rupanya :p
DeleteAikkk , kenapa cari saya???
Deletesalam blogging , owh meriah nya .. :)
ReplyDeletesalam :) meriah!
Deletebestnya join aktiviti mcm ni...teringin nak join aktiviti mcm ni, tapi jauh beno dari umah....
ReplyDeletecomel betul miaw2 tu...geremmm..!
hihi, xpe Nur, mybe one day ada peluang utk Nur join :)
Delete