Novel tahun kedua . Mari membaca!


Assalamualaikum .

Woottt, sampai dahh ! ehh sampai ape? 

Ni haa, last week Fiza ada tempah beberapa buah Novel wajib dengan member DBP untuk kajian tahun kedua ni, so semalam, dah sampai kat tangan dah :) Makanya, dalam masa kurang lebih dua minggu ni, semua benda lain terpaksa diketepikan dahulu untuk memberi laluan menghabiskan bacaan kesemua novel ni  T.T


Ada 8 novel semuanya . Yang lain oke, cuma yang tajuk Hikayat Hang Tuah dan Sulalatus Salatin tu tak baca lagi dah boleh rasa pening dia waktu nak faham ayat dia nanti o.o . ohh Sulalatus Salatin, masa form 6 dulu dah kaji pasal novel ni, memangggg poning den nak paham nya aih -.- 

Bila novel dah ada kat tangan, tugas seterusnya, tambahkan lagi timbunan bahan bacaan ni dengan modul pulak . 

kemain guna A4 hijau haa . Semangat daun :p

Sebenarnya, ini semua persediaan untuk Fiza mula masuk USM 20hb nanti .Bila dah duk situ , secara rasminya, Fiza akan jadi student sepenuh masa :p ehh untuk tempoh 3 weeks je . Agak lama tapi tak lama sangat . Haa caner tu :p So, untuk mengelakkan terjadi lagi macam tahun lepas (terpaksa beratur/berebut kat kedai fotokopi yang hanya satu je kat situ untuk nak dapatkan bahan) , Fiza settelkan semuanya sebelum pegi sana . Bijak tak? haha.

Bila masuk tahun kedua ni, baru Fiza rasa sikit tekanan tu bila kita bekerja sambil belajar ni . Tugasan semakin mencabar . Otak kena lebih kuat bekerja sebab memerlukan kita lebih berfikir dan fokus yang betul punya fokus untuk siapkan satu-satu esaimen tu . Fuhhh, berbeza sungguh keadaannya masa first year dulu . Tahun pertama kan, harus la belajar teras je :p senang .


Tapi, walaupun semakin susah, keseronokkan belajar tu tetap ada :) Biasa la, dalam apa jua benda yang kita buat mesti ada some part  yang akan menjadi cabaran untuk kita . Ye dak . Fiza pernah jugak down giler sampai nak stop dah study, tapi time tu je la, time stress je . Pastu bila kepala dah tak ting tong . Oke balik :) haha . Bila dah habis nanti, semua pengalaman ni mesti akan buat Fiza tersenyum . Dan time tu, mesti akan ada up date status kat fb 'Kalau lah masa dapat di undur, teringat nye kenangan tu' .haha! Sekarang ni pun bila teringat zaman sekolah dulu mesti macam di tarik- tarik nak kembali ke zaman tu :p . 

Untuk tahun kedua ni , ketiga dan akhir nanti, ada tekad yang Fiza semai . Kalau di izinkan-Nya , tercapai lah . Cuma perlu lebihkan sikit usaha :p hikss.  Tolong doakan sekali eh :) Macihhh .


psst ~ Hari ni dah JUMAAT terakhir untuk 2013 kan . tik tok tik tok , tinggal lagi 4 hari sebelum melangkah ke 2014 . Ohh masa . 



Comments

  1. inshaAllah, semoga tercapai apa yang diimpikan :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya dengau sis sambung blajau ek... kt opis nie ada 2 org stff smbung ijazah... cm sonok jer tp masih lom terbuka hati kita nk sambung uhuhu... good luck yer... kita mmg ecxcited dengau org study nie... heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, one day terbuka hati amani nk sambung eh :)

      Delete
  3. Best nya dapat further study. Good luck fiza.

    ReplyDelete
  4. masa form 6 dlu ade bljr pasal sulalatus salatin ke?? dlm subjek ape erk?? tak penah tau lak.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. aderr lorhh. subject sastera rasenya. alaa xigtt .huhu

      Delete
  5. assalamualaikum fiza...semoga sentiasa berjaya..:)

    ReplyDelete
  6. byknya nobel..!

    tahun depan Fiza ke USM kan??

    ReplyDelete
  7. gudluck kak pijaa...terasa mahu sambung pulakk...

    ReplyDelete
  8. memiliki sebuah buku itu seperti memiliki sebuah rumah agam yang besar...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤