Assalamualaikum .
Hari ni , 17 April , merupakan hari sambutan Penguatkuasa KPDNKK yang ke-42 tahun dan pagi tadi, perhimpunan sempena menyambut hari penuh makna untuk kami warga BPGK ni diadakan di Office . Sambutan tahun ni sederhana sangat . Tak ada hari keluarga mahupun dinner seperti tahun-tahun sudah . Habis perhimpunan, ada makan-makan, bergambar, macam biasa :)
Selesai je sambutan, tiba-tiba Fiza dapat mesej melalui Whatapps . Terkejut sangat bila baca . Kawan sekerja Fiza yang sedang dirawat kat Hospital Serdang akibat kemalangan last week .. meninggal :'(
inna lillahi wa inna ilayhi raji'un
Dia, kawan yang happy go lucky. Periang . Suka menyakat kawan-kawan :)
Fiza maklumkan berita tu dekat kawan-kawan lain , semua terkejut . ada yang terkilan sebab tak sempat melawat waktu sakitnya . Fiza pun :( Tak buang masa, kami terus ke Hospital , menziarah untuk terakhir kalinya .
Sampai je di Hospital, dah penuh dengan kawan-kawan lain yang turut datang melawat . Ada yang menangis, tak terkecuali jugak Fiza. Menitis airmata ni melihat, tenangnya arwah . seolah sedang tidur dengan lenanya. Isteri arwah, tenang setenangnya, cuma sesekali bila ada yang datang bersalam, memeluk dia, tangis kedengaran :( . Semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada Ibu Bapa, Isteri, Anak dan ahli keluarga arwah .
Ya Allah ,
Kau tempatkanlah arwah dikalangan ahli SyurgaMu , Kau tenangkanlah dia di alam sana .Aamiin .
Al-Fatihah.
#BPGK kehilangan seorang penguatkuasa di hari penguatkuasa .
Assalam Fiza...salam takziah dari SA, semoga arwah tenang disana..amin...alfatihah
ReplyDeleteal-fatihah..
ReplyDeletetakziah..
smge rohnya dicucuri rahmat
semoga rohnya dicucuri rahmat..
ReplyDeleteAl-fatihah.
ReplyDelete