Assalamualaikum .
Pada hari Sabtu lepas, Fiza w the girls Kak sue, Yanty, Mieza, Qaseh meluangkan masa untuk lunch sama-sama di satu tempat ni yang terkenal dengan nama Warung Bunian . Macam misteri je nama dia kan .haha . Tempat ni terletak tersorok dalam kawasan kampung yang dipenuhi pokok-pokok dan tumbuhan yang selalu ada kalau kat kebun tu, paling banyak pokok durian :p . Sangat best dan tenang tempat dia ! Terasa seolah berada di kampung halaman :)
Luncheon kami hari tu sangat menyelerakan! Mula tu, bila Fiza tahu yang menu utama dia Ketam , Fiza dah agak cuak dah, sebab, Fiza tak makan Ketam dan tak pernah makan Ketam ! Tapi rasa cuak tu diselamatkan dengan hidangan kegemaran Fiza, Ayam Goreng! :)
Cerita ketam tak habis lagi nih, memang, Fiza tak suka ketam . Tapi kali ni, masakan Ketam di Warung Bunian ni sangat menarik keinginan Fiza nak mencuba rasa ketam tu :p Bau dia, ishhh *kecur ailio bila ingat balik .
Kak sue dgn Abg Ed la insan yang gigih buat godaan suh Fiza rasa ketam ni .Dan dengan rasa cuak yang masih tersisa, perlahan-lahan, Fiza ceduk masuk pinggan, dan perlahan-lahan, slurpp masuk mulut bersama kuah dia . Pastu, waaaaaa, sedapnyaa! kuah dia sedap sangat! Ketam tu, memang seksa nak makan, macam jakun pulak terkehel-kehel nak keluarkan isi dia, sampai kene gelak dengan dorang .sobsss -.-
"gigit fiza, gigit..haa gigit macam ni" kata kak sue . *ehh asal jalan cerita macam cerpen nih! kakaka
Sebenarnya, Fiza lebih tertarik dengan kuah ketam berbanding ketam .eh . Siap hirup macam sup oikk!
Hidangan hari tu tak banyak jenis, ada Ketam, udang, ayam dan sayur je . Simple tapi lazat .Puas makan :) .
Ralit gigit ketam sampai sayur terbiar sepi . hoho .
Di Warung Bunian ni, hanya menyediakan makanan kampung sahaja, kalau nak chicken chop ke lamb chop ke, haa, jangan ngegade nak order kat sini, sebab tak ada western food di sini . Makan pagi pun ada kat sini, dan menu pagi yang terkenal ialah Roti Canai dan Nasi Lemak . Untuk breakfast, Fiza penah beberapa kali makan disini dan serius tak tipu, roti canai dan nasi lemak dia sedap. ha satu lagi, Warung Bunian ni dah pernah masuk Jalan-Jalan Cari Makan tahu :) Femes seantero Kajang dan Putrajaya dahhhh :p
Kalau ada yang teringin nak rasa makanan kat sini, boleh datang ke
Warung Bunian, No80A, Jalan Jamaluddin, Desa Putra, Sg Merab, 43000 Kajang Selangor. dan yang paling penting, untuk makan tengahari, sila call dulu untuk tempahan ye,
017-3812246- Alang. Call dan tanya sekali apa menu untuk hari tu, sebab setiap hari, menunya berbeza .
Untuk lunch ni, kami berenam makan habis RM102.00 sahaja . Kira-kira dalam RM17 la sorang . Berbaloi dengan jumlah hidangan dan rasa dia :) Next time , Fiza memang akan datang lagi untuk lunch kat sini , dekat je pun dengan office ni :) dan kali ni, kawan-kawan office pulak ajak .
Sedap ketam masak lemak tu..dah lama tak makan..
ReplyDeleteakhirnya dapat gak gegurl makan bersama di situ ye..
ReplyDeletewow sedapnya..... terliur pulak... hehe
ReplyDelete