PJJ USM I Macam Mana Nak Cari Ahli Group Untuk Buat Assignment


Assalamualaikum

Hello :)

Fiza dapat soalan melalui entry sebelum ni


Soalan yang nurul atika tanya ni kan, Fiza selalu fikir masa mula-mula Fiza nak sambung study dulu . Assignment kebanyakkannya berkumpulan sekurang-kurangnya 5-6 orang atau paling minima pun 2 orang . Kalau tahun pertama, biasanya ramai dalam satu kumpulan . Dan soalannya, macam mana nak cari geng untuk cukupkan satu group tu . 

haa, meh nak bagi tips .

Tips Pertama

Bulan Ogos nanti, masa nak lapor diri di USM, korang akan duduk di sana untuk minggu orientasi, dalam minggu tu, akan ada aktiviti tertentu yang membolehkan korang kenal antara satu sama lain . So, melalui perkenalan ni la, korang ambik semua nombor telefon kawan-kawan yang satu cos dengan korang . Yang penting! jangan malu nak berkawan, jangan memilih untuk berkawan sebab bila di USM tu, semuanya sama je . dan satu lagi pastikan korang ada nombor telefon kawan yang betul-betul satu bidang, maksudnya, MAJOR nya pun sama dengan korang . Kalau dia ambik bidang SASTERA , dan MAJOR dia KESUSASTERAAN, pastikan cari geng yang sama cos dan major nya tu . Ini penting untuk tempoh tahun kedua dan hingga habis belajar untuk senang nak buat assignment group . 

Untuk tahun pertama, semua akan belajar teras je, means, kalau bidang sama, korang akan belajar benda yang sama je semua dalam bidang tu . contoh dia, dalam bidang sastera ada tiga major iaitu, Kesusasteraan, Geografi dan Sejarah . So untuk tahun pertama, ketiga-tiga major ni akan belajar benda yang sama, TERAS . bila masuk tahun kedua dan seterusnya nanti, baru korang akan belajar mengikut major masing-masing , dan disini lah pentingnya cari orang yang sama Major tu :) 

Mencari kawan yang sama cos dan major tu penting sebab Fiza dah alami macam agak payah belajar bila geng yang kita ada dan rapat tu, berlainan major :'( masuk tahun kedua, blur..sebab orang lain dalam group WhatApps semua sama major, kita? terpaksa la, mengagau cari nombor telefon dan orang yang sama major balik -.-

Tips Kedua

Bila dah habis orientasi, jadual SIDANG VIDEO akan keluar . Masa hari sidang video yang pertama, korang cuba sedaya mungkin pegi lah kat Pusat Wilayah masing-masing atau kat mana-mana Pusat Wilayah yang terdekat dengan korang , sebab waktu hari pertama hadiri sidang video ni, mesti ramai yang akan hadir . Waktu ni la, korang ambik nombor telefon kawan-kawan yang sama cos ni. Kenal kawan-kawan yang sama Pusat Wilayah lagi senang sebab korang dekat antara satu sama lain, nak buat assignment pun senang kalau nak jumpa buat sekali . Kenapa Fiza kata kalau boleh cuba untuk hadir masa hari pertama Sidang Video? haa sebab, bila dah lama-lama, memang yang datang dua tiga kerat je ke Sidang Video ni, lepas tu, dorang mungkin dah ada group sendiri. So  nampak tak kepentingan untuk hadir Sidang Video untuk kenal kawan dan cari geng untuk buat group? hihi :)


Tapi kan, walaupun Fiza banyak sebut pasal ambik nombor telefon kawan-kawan satu bidang dan Major, tapi nombor telefon kawan-kawan lain yang berlainan bidang pun korang ambik la juga, kawan dengan mereka skali sebab mana tahu nanti Minor sama kan . Subjek Minor ni nanti tahun kedua dan seterusnya baru korang akan mula ambik . Untuk subjek minor, korang bebas untuk pilih subjek apa yang korang nak , tapi kena pandai pilih :)


So, bila dah ada nombor telefon kawan-kawan sama cos atau sama tahun belajar, haa, buat la group kat WhatsApps ke Facebook ke untuk saling berkongsi segala info subjek korang ambik tu . Ini penting ! baru la kita tak mengagau sorang-sorang bila dekat-dekat nak exam atau nak buat assignment nanti :)


Itu je yang Fiza boleh kongsikan dari segi nak cari kawan segroup untuk assignment , kalau ada soalan lagi, drop kat komen, kalau boleh tolong, Fiza tolong :) nak emel pun boleh :)

 Good Luck!




Comments

  1. Saya ingin mengalakkan pelajar-pelajar buat kerja part time untuk menampung pembelajaran anda,belajar dari internet guru saya klik,http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=14304

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤