Treasure Hunt bersama EPHYRA yang happening!


Assalamualaikum .

Hello :)





Pada 24 Mei 2014 @ Sabtu lepas, pihak Oceanlife Marketing Sdn.Bhd. dan Denaihati Network Sdn.Bhd. berkerjasama menganjurkan satu program khas untuk blogger iaitu Treasure Hunt yang telah disertai oleh 28 orang blogger dan salah seorangnya adalah Fiza :) Daripada 28 orang ni, kami telah di bahagikan kepada 7 kumpulan yang di mana setiap kumpulan mempunyai 4 orang ahli . Ketujuh-tujuh kumpulan ini perlu bergerak menggunakan kenderaan salah seorang ahli team yang telah diputuskan pada awal-awal lagi .Setiap team diberi nama bersempena nama ingredient yang terdapat dalam Ephyra . Nama team Fiza susah sikit nak sebut, haha! puas menghafal uolls oiii :p

Asthaxanthin , haa, cer sebut :p team Asthaxanthin dianggotai oleh Hazman Fadzil , Ladfeamir dan Nadia Johari dan Fiza sendiri . Best oikkk team nih .hoho :p . Kami tak kenal antara satu sama lain sebelum ni, tapi melalui kerjasama dalam team, kami jadi havoc! kehkeh.


Kami bermula di Puspanitapuri ,Presint 10 . Berkumpul, pendaftaran, taklimat keselamatan oleh Pengasas Ephyra , sarapan pagi yang disediakan oleh pihak penganjur dan menyelesaikan task 1 . 

Task 1 yang diberikan ialah setiap dari kami perlu ber'Instavideo' bersama Ephyra mengikut kekreatifan masing-masing. 

Selepas berjaya menyelesaikan task 1, kami dilepaskan bersama team masing2 dan bergerak ke lokasi berikutnya iaitu di Taman Botani, Putrajaya . Task ke-2 kami disini ialah perlu melengkapkan nama-nama pokok di kawasan taman berdasarkan 'hint' yang diberikan . Senanggg je. hihi. Tapi berpeluh jugak lah berlari ke sana sini cari pokok tu . Bagus task ni, sebab melaluinya, kami dapat mengenal beberapa nama-nama flora yang ada di Taman Botani ni :)


Settle di Taman Botani, task berikutnya ialah, dua orang dalam ahli kumpulan perlu ber'selfie' di depan billboard Ephyra, lokasinya di tepi lebuhraya utara-selatan . Berpusing jugak la kami mencari billboard nih.hihi, lawak bila ingat balik :p

Siap berselfie depan billboard dgn Nadia, zasss, kami bergerak ke tempat seterusnya pulak . Hint yang diberikan, sgt jelas bila ada perkataan 'bukan yang pertama tapi yang kedua' hihi . Maksudnya, KLIA2 la pulakk . Ni first time Fiza jejak kaki di KLIA 2 ni. Di KLIA2, task yang kami dapat ialah, pertama, perlu bergambar depan Signboard KLIA2


Kedua, kami diberikan task meneka beberapa nama kedai2 yang terdapat dalam KLIA2 ni dalam kertas yang diberikan . 10 minit , siap! kehkeh. Seterusnya, kami dikehendaki mencari seorang pelancong dan bergambar dengan dia sambil memegang kad Ephyra .

ecehh, kemain lagi Abg Man, haha :p

Settle bergambar bersama pelancong, task seterusnya, kami dikehendaki mencari seorang lelaki yang memakai baju berwarna biru, dan secara ringkas, perlu menerangkan apa itu Ephyra kepada beliau dan semua itu perlu dirakam dan di muat naik ke Instagram! . Task yang kami dapat sepanjang di KLIA2 ni memang best dan membuang terus rasa malu kami bila berhadapan dengan orang-orang kat situ, TAPI, apa yang mencabar sangat ialah ... waktu nak muat naik segala bagai gambar dan video ke Instagram , line internet benar-benar menguji kesabaran kami . hoho .slowwww bak ang!

Hampir jam 2.00 PM, selesailah tugasan kami di KLIA2, dan next check point ialah di Petronas KLIA2, kami semua dikehendaki berkumpul disitu untuk makan tengahari dan Solat Zohor . Dalam perjalanan nak sampai ke Petronas, kami diberikan task berbentuk teka-teki dan perlu dihantar kepada urusetia bila sampai di Petronas .

Selesai task dan dah kenyang makan serta solat, semua peserta perlu bergerak ke next check point pulak, iaitu di Booth Ephyra yang terletak di JOM HEBOH Putrajaya . Ini ialah task terakhir untuk kami . Di sana, Duta Ephyra sudah sedia menanti . ehemm, jeng jeng jeng . Apaa la kami kene buat kan :p


Kami sampai di Booth Ephyra agak lewat berbanding team lain :( Jammed oik! , sampai-sampai je, dah mula dah aktiviti bersama duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza . Happening sangat! task kami disini ialah kena lawan main bola sambil tutup mata dan perlu tunjukkan aksi bersemangat pasukan kami dengan tagline rekaan sendiri/ warshout dan di nilai oleh Norman dan Memey :p Ramaii tahu dakk orang tengok :p


Selesai je aktiviti kesemua peserta treasure hunt bersama duta Ephyra, maka masa yang di tunggu-tunggu pun tiba, masa mendebarkan . Masa untuk pengumuman siapa bakal memenangi Tempat Pertama (RM2000), Tempat Kedua (1200) dan Tempat Ketiga (RM800) . Acara penyampaian hadiah juga di adakan di Booth Epyhra.

Dup dap dup dap .

Lebih kurang jam 6.00 PM para pemenang di umumkan .. team Asthaxanthin mendapat tempat keempat . waa, walaupun bukan berada di tempat yang mendapat hadiah wang tunai, tapi kami bangga tahuu, tak sangka, dapat tempat ke-4 :p hihi .


Tempat PERTAMA dimenangi kumpulan GLUTATIONE 

Tempat KEDUA dimenangi kumpulan ACAIBERI

Tempat KETIGA dimenangi kumpulan TOMATO

TAHNIAH kepada semua pemenang dan kepada semua peserta . Berbaloi kann hadiahnya :) . 4 kumpulan lain tetap tidak pulang dengan tangan kosong , pihak penganjur berikan saguhati berupa barangan dan sekotak Epyhra :)

Thanks a lot kepada semua :)  dan Abg Kid (Shakiddo.com) untuk gambar ni . Likeee 100x :p
Ephyra  

Pernah dengar nama tu? Of course la pernah kan, Ephyra sekarang dah jadi viral dah di laman sosial dan menjadi minuman rutin dah kepada mereka yang mengambilnya :) 
Ephyra merupakan produk kesihatan yang telah disahkan selamat oleh KKM dan Halal  keluaran Oceanlife yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan dan kecantikan diri . Ianya sesuai untuk pelbagai peringkat umur bermula dari umur 4 tahun dan ke atas .


EPHYRA dirumus khas untuk kecantikan dan kesihatan yang bermula dari dalam. Ia mengandungi kolagen ikan laut dalam yang dihidrolisis secara semulajadi,yang sangat membantu kuasa penyerapan ke dalam kulit lebih pantas dan effektif untuk kesan yang lebih optimum. Digabung dengan 8 agen antioksida yang berkesan untuk melindungi dan memperbaharui, memberikan apa yang diperlukan oleh kulit ,Lindungi kulit  dari masalah kulit dan penuaan, seterusnya serlahkan keserian dan kesihatan dalaman dan luaran. Hasilnya – kulit lebih bersih,lebih berseri, lebih halus dan lebih muda!

kelebihan menggunakan EPHYRA

  • Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
  • Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
  • Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
  • Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
  • Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
  • Mengurangkan kadar kolesterol
  • Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
  • Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
  • Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
  • Melegakan kesakitan sendi dan arthritis



Ephyra sesuai untuk mereka yang ingin merawat masalah-masalah seperti Kulit berjerawat, kulit berjeragat dan berparut, penyakit kulit, menurunkan berat badan, kencing manis, sakit sendi, jantung, dan banyak lagi, boleh rujuk disini 

Untuk maklumat lanjut , sesiapa yang berminat boleh merujuk di :


Alamat

Ocean Marketing Sdn Bhd,
73A-3, 3rd Floor, Block J, Plantinum Walk,
No 2 Jalan Langkawi, Danau Kota Setapak,
53300 Kuala Lumpur



Comments

  1. Fiza memang cool dan selamba bila kat area putrajaya , nasib baik kita dapat parking kalau tak jauh mana la pulak nak menapak ke booth Ephyra Jom Heboh tu kan.....Menang nombor 4 adalah kemenangan moral untuk kita - yosh !!!

    ReplyDelete
  2. Hahahhha...memang happening..muka masing2 tenang lagi

    ReplyDelete
  3. untunglah join .. sadis xdapat ikut sama

    ReplyDelete
  4. Hai Fiza..tak sempat pun kita nak berkenal - kenalan hari tu.Huhu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤