Buffet Ramadhan di PICC Putrajaya


Assalamualaikum .

Hello :)

Sedar tak sedar, tinggal lagi sehari setengah je lagi kita semua Ummat Islam akan menunaikan Rukun Islam yang ke-4, berpuasa . Alhamdulillah, nak datang dah dia :) 

So, bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma, mesti ramai dah dikalangan kita dah siap plan nak berbuka dimana, cari tempat makan best, nak survey-survey nak cari tempat berbuka bersama keluarga, haa macam-macam plan lah , kan :) 

Fiza ada satu tempat menarik untuk korang!

Tempatnya ialah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) . Bersempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma beberapa jam je lagi ni, PICC menyediakan promosi berbuka puasa iaitu 'Buffet Ramadhan 2014' yang menggunakan tema "Hidangan Tradisi Warisan Budaya" . Buffet Ramadhan ni sangat menarik kerana buat julung kalinya, PICC akan memperkenalkan pakej berbuka puasa dengan 200 jenis hidangan pelbagai variasi dan paling menarik, ianya merupakan juadah tradisi dan warisan melayu :) Memang hidangan 'mengikut tekak melayu' betul ! 


Pakej berbuka puasa ini akan bemula pada 30 Jun sehingga 25 Julai 2014 dengan kadar bayaran RM 80.00 (dewasa) dan RM 40.00 (kanak-kanak) dan untuk kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah, masuk adalah percuma . Buffet bermula jam 6.30 petang hingga 10.30 malam .

Berita baik untuk pengunjung yang datang pada  minggu pengenalan iaitu dari 30 Jun hingga 06 Julai, mereka akan menikmati kadar diskaun sebanyak 10% iaitu RM72.00 (dewasa) dan RM 36.00 (kanak-kanak)

Antara hidangan utama yang akan menjadi igauan dan tumpuan nanti ialah Gulai Tunjang , kalau dikampung orang panggil 'Gulai Keting' , Ayam Panggang Pedas Pucuk Paku, Rendang Paru, Sambal Goreng Jawa dan bannnyak lagi! 


Bukan tu je, pelbagai jenis bubur turut disediakan sebagai pemanis tekak , antaranya bubur lambuk PICC, bubur kacang hijau, bubur pulut hitam, pengat labu, pengat pisang, bubur cha cha dan bubur gandum 






Pelbagai jenis pencuci mulut ada di sini, daripada yang moden hingga ke yang tradisional punya :) fuhh, memang 'gulp gulp gulp' je bila tengok warna warni dessert yang ada 



Ini memang unik dan menarik , segala jenis sambal diletakkan dalam lesung batu ni , simbolik sambal kampung :)
Nasi beriani pun adooo !



Selain promosi hidangan tradisi melayu, bagi mereka yang inginkan kelainan semasa berbuka, turut disediakan ialah hidangan berasaskan pasta iaitu spagheti, Fetticcine, Penne, Linguine, Aglio-Olio beserta sos Bolognese dan Carbonara . Yummy!


Chef-chef yang bertanggungjawab menyediakan segala jenis hidangan hebat di PICC ni :)

Apa yang menariknya disini ialah, sambil menjamu selera, pengunjung juga berpeluang memenangi cabutan bertuah dngan hadiah utama "Duit Raya Tunai" sebanyak RM3000.00 disamping hadiah-hadiah sampingan lain yang bernilai lebih RM10,000.00 . Antaranya ialah TV LED 40' , Telefon pintar Samsung Note 3 dan lain-lain . Penyertaan terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan diumumkan pada minggu pertama bulan Syawal di laman Facebook PICC . Menarik kan :) 

Selain itu, bersempena bulan Ramadhan ini juga, Pihak PICC turut menyediakan program solat berterawih berjemaah bertempat di Surau yang disediakan untuk kemudahan orang ramai . Surau wanita di aras Mezzanine manakala surau lelaki di aras Concourse. Dua orang Ustaz turut dijemput untuk solat terawih ini .



Jadi, apa tunggu lagi ! cepat-cepat buat tempahan dan bawa sekali keluarga dan  kawan-kawan datang merasai hidangan berbuka puasa yang menarik ni di sini :) Bagi tempahan untuk buffet Ramadhan , mereka yang berminat boleh hubungi  :

03-8887 6162 ( cafe@PICC)

ohh ya, selain pakej di atas, PICC juga ada menawarkan pakej berbuka korporat bagi syarikat-syarikat yang berminat untuk mengadakan majlis  berbuka disini . Untuk tempahan pakej korporat ni, boleh hubungi Cik Kumari Nahu melalui :

Telefon : 03-8887 6000
Twitter : @piccmalaysia




Comments

  1. ada 200 hidangan tu...macam2 boleh pilih ni...semuanya memang nampak sedap2 je kan...hee

    ReplyDelete
  2. Selamat menjalani ibadah puasa dari Ros :)

    ReplyDelete
  3. Ya Allah menu menu nya ..
    tapi larat ke nak makan. hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤