Iftar 5 I MR.KABAB & BIRYANI Presint Diplomatik


Assalamualaikum .

Hello :)

Hari ni dah masuk puasa hari ke-5 dah . Syukurrr, masih diberi kekuatan dan kesihatan tubuh badan yang baik oleh Allah:)

Semalam, plan last minute fiza dengan husband untuk iftar di luar . Sejak bermula Ramadhan,ni kali pertama kami berbuka kat luar . Husband macam biasa, dia akan tanya apa selera berbuka fiza untuk hari tu, dan dengan pantas jawapan fiza bagi . 'Nak makan nasi arab!' haa selera jauh tersasar tu, haha sebelum ni mana fiza suka makan nasi arab nih :p . Selera bulan puasa agaknya .hihi . Restoran arab yang kami pilih ni tak jauh pun,di Presint Diplomatik tu je . Paling dekat dengan rumah :) 


MR.KABAB & BIRYANI nama restoran tu . Tempahan meja fiza dah buat seawal jam 4 petang lagi . Alang-alang lepas settle kan hal roadtax, terus singgah.

Ini kali keempat fiza makan disini dan sebelum ni pilihan makanan fiza hanyalah roti dan Boti Chicken je, tak pernah lagi order nasi .Tapi untuk iftar kali ni, selera untuk makan nasi Mandy Mr.Kabab membuak-buak.haha . 

Menu pilihan fiza kali ni ialah,


Mandy Boti Chicken , *rasanya dah betul nama tu . Fiza kalau makan kat sini memang tak pernah order ayam lain selain boti chicken ni, cuma kali ni makan dengan nasi . Mandy rice dia SEDAP oikk! berselera makan semalam :)

dan pilihan menu husband pulak 


Mandy Rice Grilled Chicken . Ini memang menu wajib husband kalau makan disini . Ayam dia pun lembut dan sedap!


Sambal tomata . Kalau makan kat restoran arab, jangan pepandai nk order sambal belacan eh . Memang takkan ada :p


Kasi besar sikit gambar air .ekeke . Tea o ais memang favo drink fiza. Pegi la makan kat tempat macam mana pun, rasa berat hati je nak order minuman lain selain Tea o Ais ni . Sampai husband selalu perli 'kalau tea o ais kat rumah pun ada' . :'p

Untuk pemanis mulut pulak, selain kurma yang diberi oleh restoran, kami dah beli siap-siap kat bazaar ramadhan Presint 3, Puding Gula Hangus ni, eh Karamel .


Pengunjung di Restoran Arab Mr.Kabab ni memang ramai, so, kalau korang berniat dan teringin nak berbuka kat sini, better buat tempahan meja awal-awal . Masa tempahan tu, dorang akan bagi pilihan untuk pilih sendiri meja mana kita nak duduk . Meja kami semalam betul-betul mengadap screen besar nih 


Pilih meja depan sekali semata-mata sebab nak tengok drama 'Kerana Terpaksa Aku Relakan' ni . haha!

Masa buat tempahan, tiada caj deposit dikenakan, nak pilih menu terus pun boleh . Fiza terus pilih menu sebab malas nak menunggu :p
Dan satu lagi, orang kata, makanan special, famous dan paling sedap disini ialah Pizza Lamb, fiza tak pernah try lagi, lagipun semalam hanya berdua, kang tak habis membazir je . Nanti lah kalau datang lagi beramai-ramai, boleh cuba :)

Untuk buat tempahan meja, korang boleh call nombor yang tertera kat gambar banner atau boleh walk in sendiri ke restoran ni yang terletak di Presint Diplomatik, Putrajaya . Sebaris dengan restoran Ali Bistro .

 Nah kad dia . hikss :)



Comments

  1. huiyoooo...briyani kambing ada dakk tiba2 aku rasa nak bukak posa stg makan briyani kompom malam ni pengsan

    ReplyDelete
  2. best kan, nak makan apa2 hala jer, terus dapat. huhuhu menggiurkan la nasi2 nyer ni.

    ReplyDelete
  3. OOoo.... uncle tau tempat ni... tak pernah singgah je

    ReplyDelete
  4. tak pernah sampai ke sana lagi. kalau ke putrajaya blh la singgah mencuba.
    thanks berkongsi fiza :)

    ReplyDelete
  5. tak pernah sampai ke sana lagi. kalau ke putrajaya blh la singgah mencuba.
    thanks berkongsi fiza :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤