Hari 15 l Surat Kepada Cikgu


Assalamualaikum .


#CABARAN30HARI


Cikgu,

Ini rasanya pertama kali saya menulis surat untuk cikgu .
Itu pun kerana ingin memenuhi task yang memerlukan saya menulis surat kepada sesiapa sahaja,
kepada sesiapa sahaja, maka saya pilih untuk menulis kepada cikgu .
cikgu mesti bangga kan? sebab dalam ramai-ramai orang, saya menulis untuk cikgu =p

Cikgu,

Dulu, waktu di sekolah rendah dalam darjah satu, saya takut nak berkawan, kawan saya waktu itu hanya lah nenek saya, yang setia menemani saya walau ke mana saya pergi =) sampaikan saya diperli oleh budak-budak lain, 'eee, dia suka kawan dengan nenek dia je' . Saya diam je bila di perli begitu . Sebab memang kenyataanya, saya tak suka berkawan dengan orang lain . Cikgu mesti perasan anak murid cikgu yang pelik ni kan  sebab saya ingat lagi cikgu selalu puji saya bila keluar result exam subjek Bahasa Melayu :p . Terima kasih cikgu .

Cikgu,

Bila masuk sekolah menengah, saya dah besar dah, saya dah suka berkawan . Kawan baik saya waktu tu ada 2 orang . Sekelas . Kami bertiga macam belangkas . Cikgu pun perasan keakraban kami . Cikgu banyak mengajar kami tentang erti hidup, waktu tu kami meningkat remaja, banyak benda yang kami nak teroka, ingin tahu . Banyak nasihat yang cikgu bagi . Bila saya mula masuk asrama , saya kenal erti berdikari . Saya memilih untuk tinggal di asrama sebagai persediaan nak ambik SPM, kawan-kawan kata, di asrama, cikgu lebih banyak memantau pelajaran kami . Memang betul, di asrama, saya belajar banyak benda , terlalu banyak yang cikgu ajar . Terima kasih cikgu .

Cikgu,

Habis SPM, saya memilih untuk bersama kawan-kawan ambil STPM, kami sambung belajar ke tingkatan 6 . Tapi bukan di sekolah sama . Kerinduan pada cikgu di sekolah lama, mula singgah di hati .
Di sekolah baru, saya kenal lebih ramai kawan-kawan baru, kenal cikgu-cikgu baru =) seronok sangat! Berada di tingkatan 6, memang tidak sama langsung ketika di tingkatan 12345 ,lain . Cikgu selalu berikan kepercayaan dan tanggungjawab kepada kami untuk buat aktiviti luar . Berkhemah, jadi fasilitator untuk adik-adik sekolah menengah, panjat gunung. Macam-macam lah. Saya gembira dengan semua aktiviti yang cikgu bagi tu =) Hingga lalai kejap dengan pelajaran . Cikgu nampak tu, bila bara STPM kian terasa, cikgu tiup satu semangat kepada saya, satu kisah yang cikgu ceritakan, buat ianya terkesan dihati saya . Saya mula kayuh semula untuk kejar semua pelajaran , demi STPM . Terima kasih cikgu, sokongan kepada saya dan kawan-kawan, tak pernah jemu cikgu beri hingga kami dapat pujian dari cikgu bila result STPM keluar  =) . Terima kasih cikgu.

Cikgu,

Hasil didikan cikgu, alhamdulillah, ini lah saya hari ni. Habis STPM, saya terus dapat kerja, niat untuk menyambung pelajaran, saya simpan dihati . Dan sejak 3 tahun lepas, saya teruskan niat tu, bekerja sambil belajar :) Jasa cikgu terlalu besar . Bila di alam pekerjaan, saya mula rindukan zaman persekolahan dulu . Terlalu rindu =( 
Masih saya ingat kata-kata cikgu 'hargai sebaiknya zaman sekolah kamu ni, bila kamu semua dah kerja, zaman sekolah lah yang akan paling kamu rindu' . Benar , kata-kata cikgu semua benar. 


Akhir kata,

Saya mohon maaf jika dulu saya ada atau tanpa sengaja sikap saya ada menyinggung hati cikgu . Dulu, marahnya cikgu pada kami, demi kebaikan kami, cikgu denda kami, untuk mengajar kami agar tidak ulangi kesilapan.  Bila usia semakin meningkat, saya semakin faham apa itu erti tanggungjawab, betapa pentingkan pendidikan . Saya doakan kesejahteraan dan keberkatan dari -Nya sentiasa mengiringin cikgu-cikgu yang pernah beri tunjuk ajar pada saya dulu =)

TERIMA KASIH tak terhingga di atas segala budi cikgu mengajar saya . Insyaallah, saya gunakan ilmu itu untuk menyuluh hari-hari saya , menuju jalan yang benar.


Sekian .


Ikhlas dari,


bekas murid/pelajar
(SRKPahi, SMKPahi, SMKKuala Krai, Kelantan)



Comments