Assalamualaikum .
#CABARAN30HARI
Akhirnya.. akhirnyaa..akhirnyaaaa..
Cabaran sampai ke penghujungnya! Hari ni merupakan task terakhir yang perlu di selesaikan . Task terakhir ni ada dua tajuk dan kita diberi pilihan untuk pilih tajuk mana, so memandangkan tajuk ni ada kaitannya dengan blog, maka fiza pilih tajuk 'Apa yang fiza dapat dengan berblog' =)
Mari mulakan ,
Apa yang fiza dapat dalam berblog ?
Banyak yang fiza dapat , dan antaranya ,
1. Berkenalan dan berkawan dengan ramai kawan maya, bermula maya hingga menjadi kawan nyata, dan sehingga ada diantara mereka fiza anggap sahabat =)
2. Kenal dan bergaul dengan orang luar yang sebelum ni fiza langsung tak kenal melalui event-event yang fiza sertai , dari situ, ada yang keep in touch hingga menjadi kawan .
3. Alhamdulillah, ada rezeki yang fiza perolehi melalui blog dengan Izin-Nya =)
4. Melalui pengalaman baru dan buat aktiviti baru yang fiza tak pernah buat dan lalui sebelum ni .
5. Dan yang paling best, fiza dapat bersama satu komuniti blogger yang sangat sempoi dan fun! seronok berkawan dengan mereka, dan keseronokan itu fiza perolehi melalui berblog ni la =) komuniti ape? haa, jeling kat sidebar tu eh
Actually, sangat banyak kalau nak diceritakan, tapi ada sesetengahnya susah nak karang menjadi ayat, rasa kepuasan dan keseronokan yang fiza rasa. Part yang negatif, kita lupakan eh , sebab setiap perkara yang kita buat, semestinya ada yang positif dan negatif, untuk serlahkan yang positif dan malapkan sesuatu yang negatif tu terpulang pada cara kita sendiri =)
Siap task ni, maka berakhir la 30 hari cabaran fiza, thanks to Kak Sue and the gang atas idea untuk buat cabaran ni . Join #Cabaran30hari ni, jadi rajin oikkk nak update entry, haha!
Tahniah kepada diri sendiri untuk #Cabaran30Hari ni=)
Teringin nk jumpa kak fiza
ReplyDeletetahniah fiza Berjaya menghabiskan 30 hari.err..maera tersekat di hari ke 17.kuikui~nanti nk smbg balik.
ReplyDeleteTy sayang Kak Fiza !!!
ReplyDelete