Assalamualaikum .
#CABARAN30HARI
Pendidikan .
straight to the point , bagi fiza, pendidikan memang SANGAT penting untuk semua orang lebih-lebih kepada golongan muda zaman sekarang, lelaki mahupun perempuan.
Untuk jadi pengemudi kita . Dengan ilmu, cara pemikiran kita akan lain, banyak perkara yang kita akan dapat teroka dan tahu .
Dalam dunia hari ni pun, Jika kita lihat konteks pendidikan dunia, semua pekerjaan memandang sijil dan tahap pendidikan kita. Semakin tinggi pendidikan , semakin tinggi lah jugak kedudukan kita dalam sesebuah bidang pekerjaan . Persaingan tu tinggi!
Kerana pentingkan pendidikan jugaklah, fiza gigih sambung belajar lagi walaupuan kepala ni dah tepu dah sebab ye lah, dah lama tingalkan dunia jadi pelajar kan , dan seriously, fiza sangat bangga dan tabikkk betul dengan beberapa student yang dalam kategori warga emas yang turut sama dalam Pendidikan Jarak Jauh di USM yang fiza belajar sekarang . Kental betul semangat dorang . Betapa pendidikan tu penting bagi mereka =)
Untuk adik-adik,
Ilmu tu pelita hidup
Ilmu tu akan kita bawa hingga ke akhirnya , bukan hanya ilmu dunia, tapi biar seiring dengan ilmu akhirat .
********************
baiklah kak fiza,adik sue dengar nasihat hehhehheh
ReplyDeleteilmu tu penting tapi bagi seimbang dunia akhirat:-)untuk individu..fardhu ain lebih penting dari fardhu kifayah..
ReplyDelete