Kolam Renang Untuk Kanak-Kanak di Presint 9, Putrajaya


Assalamualaikum .


Bila tiba musim cuti sekolah, tempat ni memang akan jadi satu lokasi wajib untuk adik fiza mengamuk nak datang, nak swim . Hari ni, selepas seminggu dah fiqa duk mengamuk nak datang, bawak jugak dia datang,. esok nak balik kampung dah 



Kolam renang terbuka di Komplek Kejiranan Presint 9, Putrajaya . Time cuti sekolah atau weekend, memang penuh tempat ni dengan kanak-kanak duk mandi =) 

Tiada bayaran dikenakan dan hanya untuk kanak-kanak sahaja. Mandi la sampai puas .

Kat sini, bukan kolam je, depan dia siap ada play ground lagi, siap mandi, p main jongkang jongkit pulak :p . Fiza, setiap kali bawak fiqa, memang jenuh laa menunggu, nak ajak balik, letih pujuk.huhu, kena ugut lainkali tak mau bawak dah, baru dia ikut. Tu pun, muncung dia kemain, boleh ikat . haha.

So, sesiapa yang ada datang bercuti kat Putrajaya ni, boleh la bawak anak-anak ke, adik ke datang sini . Comfirm budak-budak suka! Soal kebersihan, jangan risau, kolam ni memang selalu dicuci =) Ada hari tertentu, pihak pengurusan akan tutup untuk proses mencuci .Kolam lain pun banyak kat sini, tapi yang lain tu biasanya berjadual .





Comments

  1. Mesti seronok budak2 dapat mandi kat sini

    ReplyDelete
  2. Bagus ada kemudahan seperti ini. Tidak perlu bimbang keselamatan anak-anak.

    ReplyDelete
  3. Rindu Putrajaya..

    jemput singgah sini yer.. "Belog Kampung Kameq" tQ

    Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. salam ukhwah...done follow u...and u have been tagged...

    http://eikorina.blogspot.com/2014/09/liebster-award-2-by-kee.html

    ReplyDelete
  5. sampai umur berapa? sesekali balik boleh bawa anak swimming...

    ReplyDelete
  6. boleh bawa anak bila balik cuti nanti😊

    ReplyDelete
  7. ni pun duk putrajaya gak tapi blm pernah bw anak2 ke situ...

    jom singgah blog saya..dan salam perkenalan
    http://ummyizzlife.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. seronoknya anak2 kecil mandi manda kat sini, minggu lepas kak ana singgah sana utk bergambar di sekitar Putrajaya...

    ReplyDelete
  9. pernh datang sini..makan dekat kedai depan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤