Sesi Photoshoot Kelab Blogger Ben Ashaari Di My Creative Pixel Studio


Assalamualaikum .

Hello =)


Semalam merupakan hari yang happening, enjoy dan best untuk geng kelab blogger ben ashaari kerana berpeluang untuk mengadakan sesi photoshoot kelab yang telah diadakan di Studio Mycreativepixel studio , PV 128 , Setapak, KL . Sesi ini berjalan dengan lancar seperti yang di rancang bermula jam 10.00 pagi hingga selesai jam 4.00 petang . Floor manager, Lan Careno, dah atur semuanya dengan baik sekali =) terbaik lan!

Dan tentunya, terima kasih banyak-banyak diucapkan kepada penaja-penaja yang sudi menaja kami semalam .

Produk | Cosmoderm 
Solekan yang sangat cantik dari | @wiidaribbon | @shazaamalina | @etty_garib | @yanneskay
Shawl | @tyasalmid
Breakfast | Intan Katering, ibu kepada blogger www.ruby.my

Fiza sampai di Studio dalam jam 11.20 am bersama Yanty, Dkna dan Mieza . Masuk je studio, mata terus segar tengok kawan-kawan lain yang kemain very de vouge! Meriah dengan warna merah dan hitam =) tema pakaian kami untuk photoshoot ni. Kami bermula dengan sesi bersolek dulu, untuk gegirl je la, MUA yang mekapkan fiza ialah @yanneskay .


Fiza suka sangat sangat dan puas hati dengan hasil solekan dari yanneskay. Perkhidmatan solekan yang disediakan ialah untuk wedding , bertunang, dinner, photoshoot dan lain-lain, boleh hubungi yann sendiri untuk pertanyaan 019-9007076 




Princess with the little king . hihi, eh, daddy king pun ada :p , Flower crown yang cantik dan membuatkan kami seperti puteri kayangan ni adalah hasil kreatif Kak Sueizza oke . Pandai kak sue buat #muahciked . eh.haha


Fiza sebenarnya kan, rambang mata sangat nak pilih gambar, banyakkk sangat ! tapi yang ni yang kami snap sendiri la, foto dari My Creative Pixel Studio masih dalam proses dan fiza memang tak sabar nak melihat hasilnya nanti!

Oh, ada beberapa gambar ni, fiza sukaa sangat 

ni dia ,


Qhaliff Iman sangat cute bila dia cuba nak buat peace! ahahah, nasib baik kali ni dia suka dengan fiza =) Thanks Qaseh Dalia untuk gambar omeyy nih <3 

Photoshoot ni mempunyai dua sesi,  sesi personal dan pakaian yang ditetapkan adalah bebas tetapi tidak lari dari tema warna. Masa sesi personal tu, fiza serius kaku giler, maluu oikkk, haha, tapi nasib baik bro aiman, photographer MCPS ni sporting ! dia yang ajar fiza cara nak pose macam mana  .hihi Macehh bro aiman :p 


Sesi kedua, group photo, dengan pakaian rasmi kelab blogger ben ashaari. 


Tengok, puteri-puteri yang begitu sopan dan bertatasusila :p


happening kan , hihi, free style geng lelaki giler lawak! ujanggg hoi! hahaha

Fiza tak sangka tau, ada kawan-kawan KBBA yang sanggup datang dari jauh untuk photoshoot ni, ErazFadli dari Kelantan , Lisa dari Johor dan Faizal Fredley dari Pulau Pinang . Thumb up untuk korang!
sesi ni berakhir dengan group photo ni, masing-masing dah penat . Penat borak, posing, dan gelak =p


Pertemuan kami semalam, berakhir di Restoran Pelita , muka memasing dah layu dah , hihihi.


Thanks Najeeb untuk gambar yang ohsem ni! sukaaa

So, korang yang berminat untuk buat tempahan studio bagi sesi fotografi , boleh buat tempahan dengan My Creative Pixel Studio dengan menghubungi Aiman di 012-3602384 atau terus ke page dorang :) Insyaallah, korang akan berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan =)

Last foto, gambar pertama dari My Creative Pixel Studio yang kami dapat =) . Selebihnya, yang official punya, bila dah siap, fiza kongsikan kat sini nanti =)




Comments

  1. mmg terbaik geng #kelabbloggerbenashaari.
    yang turun dari jauh pun ada.
    itu yg ohsem :)

    ReplyDelete
  2. Gojesssssss semuanya! well done kbba !! :))

    mood : jealous tapi pasrah (hahahaha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha, gojes kan kamii :p
      tabahkan hati ye hanim .hahaha

      Delete
  3. cantik n meriah..dgn warna yg merah tu

    ReplyDelete
  4. wah... bestnya... meriah sangat...

    ReplyDelete
  5. pergghhhh bestnya korang....
    jeles tgok korang rakan2 blogger boleh berkumpul sama2...

    ReplyDelete
  6. sronok tgk pics ni semua, nampak meriah. lawa fiza :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤