Tayangan Drama Bersiri Terbaru Di Astro Prima : SELUDUP


Assalamualaikum .

Hello =)


Pada 20 November 2014 hari tu, Fiza berkesempatan menghadiri majlis Tayangan Perdana untuk drama bersiri terbaru di Astro Prima iaitu SELUDUP yang diadakan di GSC One Utama . Majlis tersebut turut dihadiri para pelakon, krew produksi, wakil-wakil daripada Astro,penaja, media dan pihak-pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung atau tidak di dalam pembikinan drama tersebut. 


Fiza sampai agak lewat, so tak sempat nak bergambar dengan fav aktress fiza, Raya Ilya.uhukk

Drama ini merupakan sebuah drama aksi yang berkisar tentang gejala penyeludupan haram di Malaysia yang turut diselitkan juga kisah cinta antara watak dua pelakon utamanya iaitu Pekin dan Tiz Zaqyah arahan pengarah yang merangkap produser dan pelakon Jehan Miskin

Drama 13 episod yang turut dibintangi pelakon-pelakon hebat seperti Nam Ron, Raja Ilya dan Syafie Naswip ini merupakan sebuah nashkah terbitan Astro yang bakal ditayangkan di Astro Prima jam 9.30 malam dan Maya HD jam 6.00 petang , setiap hari Khamis bermula 04 Disember 2014 .

So, esok la mula tayangan dia! jangan lupa menonton ya =) Drama ni menarik sebab ianya 
bukan sahaja untuk menghiburkan tapi juga memberikan kesedaran kepada kita semua tentang gejala penyeludupan khususnya rokok seludup serta kesan negatifnya terhadap diri, keluarga dan masyarakat . Banyak mesej-mesej menarik yang dapat kita kutip dari drama ni nanti =)


Untuk maklumat lanjut mengenai drama ni, dan nak tengok gambar-gambar menarik sepanjang pembikinan drama ni dijalankan, boleh layari FB dan instagram SELUDUP di bawah :

Facebook – fb.com/Seludup
Instagram – @seludup


Comments

  1. tak apa fiza, mana tau lain kali ada masa lain pulak boleh bergambar dengan raja ilya, rupa pun dah nak dekat-dekat iras dah tu...

    ReplyDelete
  2. drama ni la yg buat contest cari pelakon tambahan ari tu klu x silap..

    ReplyDelete
  3. rugi laa datang lewat kak fiza.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤