Assalamualaikum .
Hello =)
Permohonan ke Program Perancangan Jarak Jauh bagi (PPJJ) di Universiti Sains Malaysia bagi sidang akademik 2015/2016 telah dibuka bermula semalam ! So, sesiapa yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah, boleh la mula buat permohonan sekarang .
Iklan permohonan seperti berikut ,
sila klik disini untuk melihat --> TATACARA PERMOHONAN I KELAYAKAN PERMOHONAN I SYARAT KELAYAKAN (Detail)
Untuk maklumat lanjut lagi mengenai cara permohonan dan pendaftaran, korang boleh terus ke laman web https://pohon.usm.my atau https://pohon.usm.my/default
Kat situ dinyatakan secara terperinci mengenai bagaimana cara-cara permohonan dan pendaftaran yang perlu dibuat =)
Terdapat empat (4) program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan untuk sidang akademik
2015/2016 ni iaitu :
Sarjana Muda Sastera (Kepujian)
Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian)
Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian)
Sarjana Muda Sains (Kepujian)
untuk pemilihan bidang ni, sila pilih betul-betul ye, jangan tangkap muat je, nanti main pilih je, tak boleh nak carry, menyesal sendiri nanti =p . Pilih bidang yang sesuai dan kita minat . Bila minat, baru seronok nak belajar =) . Bila bekerja sambil belajar ni, keseronokan belajar menjadi keutamaan sebab , ye lah, bila kerja, macam-macam tekanan yang datang kan, jadi tak nak la tekanan tu terbawa-bawa sampai tak boleh nak study . Nak cari ilmu harus la seronok, baru senang ilmu tu nak lekat . hek hek hek .
Permohonan ni bermula 12 Januari 2015 dan tarikh tutup adalah pada 24 Mac 2015.
Semoga berjaya kepada yang memohon =)
Comments
Post a Comment
Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)
❤Love to be loved❤