Buffet Ramadhan di Flora Terrace, Hamsphire Place KL


Assalamualaikum .

Hello =)

Pejam celik pejam celik, hari ni dah hari ke-9 puasa, memang terasa cepat sangat masa berlalu. Dah 9 kali sahur dan 8 kali berbuka dah :) Sepanjang bulan puasa ni, baru sekali fiza jejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan , baru sekali membeli juadah hidangan di gerai-gerai yang menjual juadah kat area bangi tu . Gerai-gerai tepi jalan Sg.Merab tu . Dan baru sekali jugak berbuka di luar . Yang banyaknya, masak sendiri kat rumah :) Rasa macam, bagusnyaa fiza tahun nih .haha. Entahlah, tahun ni jadi macam keinginan nak berebut bersesak di Bazaar tu kurang . Tambahan pulak kalau Bazaar kat Putrajaya ni ha, fuhhh, jenuhhh la bersesak, hishh memang sesak sungguh lah , nak berjalan pun berlaga bahu . Dah macam kat Jalan TAR dah .heee

Tapi, bila dah asyik masak je kat rumah, timbul jugak rasa nak menjamah makanan di mana-mana Restaurant yang menghidangkan Buffet pulak, haa nak manjakan perut dengan pelbagai jenis makanan la pulak =)

Jadi, pada hari Rabu lepas, Fiza telah dijemput untuk merasa makanan di salah sebuah Restaurant yang memang cukup dikenali sekarang ni iaitu di FloraTeracce, Hamphshire Place, Kuala Lumpur . Haaa familiar kan dengan nama ni :)



Bagi yang pernah singgah makan di sini, pasti takkan lupa dengan suasananya yang sangat romantik dan indah dengan hiasan yang dipenuhi dengan bunga-bunga putih dan lampu chandelier yang tergantung indah =) lawa giler tempat dia! rasa cam nak petik-petik je bunga :p .Memang berbaloi makan kat sini, selain boleh gembirakan tekak dan perut dengan makanan yang sedap, mata pun di jamu dengan pemandangan yang indah. Maka hati pun bahagia. Gituuu :p



Makanan yang dihidangkan ialah dalam pelbagai variasi iaitu Makanan Melayu Tempatan , Makanan Arab, Makanan Kampung seperti ulam, budu, cencalok, tempoyak , Mee Mamak, laksa Johor ,Dessert yang Ohsem, ABC dan banyak lagi lah!

MINUMAN



MAKANAN KAMPUNG 




ABC / LAICIKANG


PELBAGAI PILIHAN  MAKANAN MELAYU TEMPATAN/LOCAL FOOD


ouhhh, sedapnyaa, *telan ailio bila tengok balik gambar ni

LAKSA JOHOR / SOUP


 DESSERT

Dalam banyak-banyak, dua ni yang paling best kat tekak fiza .Cheese tart dan Flora Puding, sedapp sangat!

Dan, macam-macam lagi lah jenis makanan yang dihidangkan di Buffet Ramadhan Flora Teracce nih . Tak tertahan nafsu makan bila tengok semua yang ada kat situ


Harga yang dikenakan untuk seorang ialah RM70++ (Dewasa) dan RM35++ (Kanak-kanak bawah 12 tahun) . Waktu untuk buffet Ramadhan ni ialah dari jam 6.00pm hingga jam 10.00pm . So, apa lagi, jom belanja keluarga dan ajak kawan-kawan untuk mencuba buffet Ramadhan di Flora Teracce ni . 

Lokasinya di :

Flora Terrace, Hampshire Place,
A-LG-1, Lower Ground Floor
No,1 Jalan Mayang sari
50450 Kuala Lumpur.

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi :

En.Syed Safwan ( 03-2166 8090)



Comments

  1. cantik cafe ni.... food pun look yummy

    ReplyDelete
  2. tak dapat nak attend hari tu, kalau dapat attend mesti boleh jumpa fiza kannn??? lama dah akak tak jumpa fiza...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤