Shopping Online │Lelong.my


Assalamualaikum .

Hello =)

Sebenarnya, Fiza bukan suka sangat shopping secara atas talian ni, takut dan tak percaya . tu sebab dia . Tambahan pulak, sejak duk unit sekarang, banyak kot aduan yang Fiza terima daripada pengadu sebab tertipu dengan peniaga online yang tak jujur nih T.T  , beli handphone tapi tak dapat la, beli barang lain dapat barang lain la, haishh macam-macam lah . 
So, kalau kata Fiza nak jugak benda yang Fiza tengok dalam mana-mana website, benda pertama yang fiza buat ialah, google dulu samada online store tersebut pernah ada kes tipu atau apa-apa yang negatif lah yang orang lain kongsikan . Maksudnya carian fiza mesti tertumpu dengan keyword ni "pengalaman shopping di ...." tak pun , taip je apa apa keyword yang berkaitan website atau online store tersebut :')

Kalau kata keluar result pengalaman-pengalaman yang tak sedap, hurm, memang fiza kuburkan la hasrat nak shopping kat situ -.- 

Apa yang fiza nak kongsikan ni ialah pengalaman beli atas talian di lelong.my . haa kenal dan familiar dengan website ni kan? :) Sebagai seorang HTC user, masalah yang kebiasaanya HTC user ni akan hadapi ialah susahnya nak cari casing telefon . Memang susah . Casing telefon Fiza yanga duk pakai sebelum ni pun, sampai dah pecah-pecah dah, jenuh cari kat kedai-kedai aksesori telefon, tak pernah jumpa T.T lagi-lagi telefon yang dah dua tahun lepas punya keluaran ni T.T . Sobs .
Dan bertitik tolak dari itu lah, Fiza cuba jengah ke website lelong.my ni untuk cari casing telefon ni je , cuba nasib .hihi . Bila cari-cari, tuppss, ada! harga pun murah, wiwiwi . Rupanya kat lelong ni, masih ada stok aksesori untuk telefon-telefon lama atau dengan kata lain, yang dah tak jual kat kedai .huhu .
Bila dah jumpa, google dulu pasal website tu dan semua yang menulis cerita yang positif je, so fiza pun terus grab lah! Yang bestnya,  hari tu jugak (sabtu) dia pos dan hari Isnin, tinggg, barang suda sampai .hikss =) Bila bukak tengok barang, ooyeah, sama la macam yang diiklankan =) super best dapat casing telefon baru macam dapat hp baru weh .hahaha . eh, hhaa dan yang satu lagi penting, kene check jugak seller dia ye, sebab lelong.my tu macam -macam seller ada, so takmau la terkena dengan seller yang kaki tipu pulak -.-

Telefon yang fiza guna sekarang ni hadiah birthday dari buah hati , so, ianya mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi.hikhik, maka kerana itulah, fiza sayanggg telefon ni :p pernah sekali dia buat hal, tapi sekali tu je lah :) satu hal lagi, HTC ni dia punya tahan lasak, huhh memang kalah lah hp lain yang fiza pernah guna sebelum ni =) Tak tahu berapa kali jatuh, tercampak ke dinding , tapi still oke! hebat kan .hihi .

So, secara kesimpulannya, fiza memang puas hati beli barang kat lelong.my nih, bukan aksesori hp je yang dijual, banyak lagi produk lain, nak tahu, sila jengah sendiri website tu eh :)

~daaa, selamat memasak dan selamat berbukaa =)


Comments

  1. fuyoo.. geng htc tu. nak shopping dekat lelong kena tengok seller dia punya rating. postive ke negative. hehe. selamat berpuasa kak fiza. :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤