Coconut Shake Batu Berendam, Melaka .

Assalamualaikum .

Hello =)

Sepatutnya entry kali nak share pasal jalan dalam / altenatif untuk lari dari jammed di Kelantan. Tapi sebab sekarang fiza dah kat Melaka, so cerita pasal Melaka je lah dulu :) .Semalam baru sampai dari Kelantan selepas melalui perjalanan yang panjang, hari ni dah kene datang Melaka untuk kursus selama 5 hari di Avillion Legacy Hotel . 

Sangat penat oke -.- 

Dah .lupakan pasal penat tu, ni sekarang nak war-war kan pasal coconut shake yang paling sedap pernah fiza minum. Fuhhh sungguh yummylicious oikkk . 

Coconut Shake Batu Berendam nama diberi :p .



Sedap tersangat! 
Sebenarnya kami tersinggah je kedai ni, tak plan pun, kawan ternampak signboard, terus dia parking keta, dan kami pun meluru masuk ke kedai itu.hikhik . 




Beribu-ribu lemon kelapa dia !

Ini di luar gerai, kat belakang gerai ada kedai, boleh je nak duduk kat mana-mana yg kita suka :) pelanggan memang ramaii . Harga untuk segelas coconut shake tu cuma RM3.20 . Murah dan sedap . Apa yang bestnya, sambil minum tu, korang akan di hidangkan dengan ini, 


Habis segelas coconut shake tu, nak tambah air kelapa muda ni berapa banyak pun bolehh. Its freeee! Haa best kan.haha fiza mampu tambah setengah gelas je, lepas tu kembung dah perut.hekhek .

So, korang kalau datang ke Melaka, selain menikmati coconut shake Klebang yang dah sememangnya famous de amos tu, boleh la try jugak datang rasa coconut shake Batu Berendam ni. Memang tak menyesal :) 

Ni lokasi dia ,

COCONUT SHAKE BATU BERENDAM
JLBB 7, Hadapan Taman Cergas,
75350 Batu Berendam, Melaka.
Tel : 019-6841270


28 Sept.15@6.59am , Melaka.

Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤