Assalamualaikum .
Hello =)
Akhirnya, selepas hampir setahun mengidam untuk makan CHEESE NAAN yang terkenal dengan sedapnya dan cheesenya yang meleleh ni, fiza dapat jugak merasanya.
Fiza , husband dan adik .Kami bertiga terjah pakai Waze ke RSMY Cheese Naan yang terletak di Jalan Medan, KL . Lokasi tempat yang agak crowded .
Cenggini jee restoran dia .ngehngeh . keadaan dalam restoran pulak macam ni ,
Haa, sesak memang sesak, sampai ramai yang duk berdiri tunggu meja kosong . Time fiza datang tu, nasib baik ada meja kosong kat dalam. kami menonong masuk terus duduk.hikhik.
Walaupun kedai dia sesak macam ni, tapi sikit pun tak melunturkan semangat fiza untuk terus cekalkan hati demi memenuhi keinginan hati untuk merasa cheese naan kat sini . Dalam 10 minit menunggu, maka yang dinanti pun tiba . Tadaaa,
Haaa, ambikk ngko ! meleleh cheese dia! sedapp wehh! Patut la kemain femes . Time panas-panas makan macam tu je ! fuhhh yummylicious. Untuk kuah dia, kami order yang namaya CHICKEN MAGESH ni ,
Biar rupamu buruk, asal rasamu sedap hingga menusuk ke jantungku .hikhik
dan DHALL FRY,
Kuah dhall fiza tak rasa, sebab memang dari dulu tak suka dhall, so tak boleh nak kata la sedap ke tak :p
Total kami makan malam ni ialah , RM38.80 .
Cheese Naan = RM6.00 sekeping
Dhall = RM 2.00
Chicken Magesh = RM 11.00
3 Minuman = RM 5.10
Mahal tang chicken magesh dan cheese naan tu padan la mahal pun, cheese kemain banyak dia letak :)
Untuk korang yang telan ailio tengok RSMY Cheese Naan ni dan teringin nak rasa jugak, boleh pegi ke lokasinya di ,
RSMY House Of Real Beriani
No.11&13, Jalan Medan Tuanku, KL
Tel : 0326970700 / 01229492700
26 Okt 2015, Putrajaya
Memang nampak sedap cheese naan dia. Nak kena singgah bila sampai kawasan sana.
ReplyDeleteRSMY mmg femess ngan cheese nan nye..tp sy xpenah spi lg..teringin jgk nk pegi dr dulu..
ReplyDeleteAyoooo... sedapnya. Tak pernah makan lagi benda ni..
ReplyDeleteMmg suka naan kt sini. Tetiba teringin plak Bila baca entri ni. Hehehe
ReplyDelete