Assalamualaikum .
Hello =)
Sekarang ni setiap pagi untuk breakfast, fiza selalu makan kat kedai kiosk yang terletak berdekatan dengan Istana Kehakiman ni . Menu Kelantan yang memang sedap . Nasi berlauk , nasi kerabu , nasi kakwok dan macam-macam lagi . Owner nasi-nasi ni bukan orang yang sama berniaga kat situ, tapi berlainan. Kira macam peniaga hantar dan letak nasi mereka kat situ untuk jualan . Kedai cuma menjual air je .
kitaorang panggil kedai bawah pokok .korang yang duk Putrajaya kalau nak rasa makan nasi berlauk atau nasi kerabu kat sini boleh la datang . Bukak setiap hari bekerja sahaja . Berdepan dengan bangunan Perbadanan Putrajaya yang ada Maybank tu dan bersebelahan dengan Istana Kehakiman . Teh Tarik kat kedai ni mabeles sangat! . Tak caya cuba rasa nanti :)
nmpk sdp sgt...
ReplyDeleteBoleh la try ..nampak mcm sedap je :0
ReplyDeleteOh tahu sini. Tapi pernah lepak minum time malam je.
ReplyDeletewah.... tak kerja area sana memang xtahu la..
ReplyDelete