Rawatan Kuku Tangan dan Kaki di Curio Green Paradise, Bangi Sentral

Assalamualaikum .

Hello =)


Fiza sebenarnya dah lama tak belai kuku tangan ni apatah lagi kaki , dulu-dulu rajin jugak ke spa-spa kuku untuk bermanicure pedicure . Sekarang memang tak pegi langsung dah, dan kalau rajin, fiza buat sendiri je kat rumah . Tu pun main hentam je .Haha .
Dek kerana dah lama tak rawat, bila tengok balik kuku ni, lahaii siannya . tunggang langgang kuku gue .kahkah . 

Dan semalam, fiza diberi peluang oleh Aben (Ben Ashaari) untuk manjakan jari-jari tangan dan kuku ni di salah satu spa rawatan kuku di Bangi Sentral . Memang peluang keemasan tahu! Terus setuju nak pegi ! Curio Green Paradise nama spa tu :)



Oke, masa memula sampai tu, fiza tak tahu tau yang kat sini menyediakan Rawatan untuk kaki macam tu, dalam kepala ingat cuma spa kecantikan yang memang untuk cantik je . Tapi selepas mendengar taklimat dan penerangan ringkas daripada Owner Curio Green Paradise ni iaitu En.Zul Merican, baru la fiza tahu, rupanya di spa ni rawatan yang diberikan ialah untuk merawat kaki yang bermasalah hingga ke akarnya . Maksudnya, Rawat dan Cantik . Dahh, dalam kepala terus fikir, bila dah macam tu, mesti harga dia pun mahal kan . haaa, korang jangan silapp, apa yang ada dalam kepala fiza tentang harga dia semua salah! 


Ruang untuk rawatan dibuat juga selesa dan sangat ohsem bagi fiza ,


Haa, nampak? duduk je , terus mata jadi stim, mengantukkk.hikss *fiza tertido* . Untuk sesi ni, fiza diberi peluang untuk buat medicure , maka, bermula la pengalaman belaian kuku tangan iols disini :) 




Sementara fiza dan jeeb bermanicure, Aben, kaksue dan Ty pulak pilih untuk buat rawatan kaki, 
serius, fiza tak pernah tengok orang buat rawatan kaki sampai tahap gini, memang teruja wei . Tapak kaki yang keras kejung macam simen tu, lepas rawat jadi lembut giler, macam kaki baby !


Yang sedang dirawat tu kaki Aben , habis sel-sel mati dia buang . terujaa oikkk . 
Sepanjang rawatan dijalankan, Puan Haskina Wan Ainol, iaitu isteri kepada En.Zul yang merupakan owner bersama Curio Green Paradise ni tak lokek ilmu bercerita kepada kami tentang cara penjagaan kaki yang betul dan jenis-jenis kulat yang biasa melekat kat kaki sampai boleh buat tumit kita sakit bila berjalan . Banyak ilmu tentang kaki yang kami dapat semalam :) 


Ini pula merupakan produk yang digunakan disini, dan yang membanggakan, semua produk ni formulanya di hasilkan sendiri oleh pasangan suami isteri ni . Produk ni special tau, memang takde jual kat luar , hanya digunakan untuk rawatan disini dan untuk pelanggannya sahaja :)

Selain menjalankan perniagaan Spa rawatan kuku dan kaki ni, mereka juga turut berkongsi ilmu dengan mereka yang berminat untuk menjalankan perniagaan sebegini . Maknanya , ada kelas dan student yang akan di latih . Mereka yang dilatih ni pulak memang berpeluang untuk menjana pendapatan dalam bidang ni . Menjadi pakar dalam merawat kuku dan kaki . Bestkan :) Tapi untuk tahu lebih lanjut mengenai hal ni, korang yang berminat kena tanya terus Pihak Curio Green Paradise lah :) 


Boleh hubungi :

En Zul Marican : 012 689 0197
Facebook : https://www.facebook.com/greenparadiseCurio
Instagram : http://www.instagram.com/curio_official

Lokasinya di,



Fiza memang rekemen korang untuk buat rawatan disini, sangat puas hati. Lagi 2 minggu insyaallah fiza datang lagi ,nak buat rawatan kaki pulak . hihi :)

Kredit photo : Ben, Yanty, SueIzza, Jeeb


Comments

  1. walaupun tgn kfiza comel..kuku tu shining. kena cuba mani n pedi lepas ni ...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Ada jual CikPuan, sila hubungi 012 655 0197

      Delete
    2. Ada jual CikPuan, sila hubungi 012 655 0197

      Delete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤