Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara, Pahang

Assalamualaikum .

Hello =)

Alhamdulillah, akhirnya terlaksana jugak keinginan fiza untuk ke Taman Negara . Kami dari Kelab Blogger Ben Ashaari seramai 35 orang telah berpeluang mengembara ke Taman Negara Jerantut selama 4 hari 3 malam pada February lepas :)


Penginapan, keperluan dan segala aktiviti sepanjang kami di sana ditaja oleh Han Rainforest Resort, yang merupakan salah seorang penaja untuk program Kembara KBBA kali ni. Han Rainforest Resort merupakan sebuah resort yang telah dibangunkan semula dan di baik pulih sepenuhnya selepas musnah teruk dalam kejadian banjir pada Disember 2014 yang lalu. 

Keselesaan bilik yang disediakan memang terbaik dan kerana itu resort ini merupakan salah sebuah resort yang paling mendapat tempat di hati pelancong =) Penat seharian dengan pelbagai aktiviti, masuk bilik terus tak sedar apa dah .hikhik


Bersih dan paling penting bagi fiza bila menginap di mana-mana pun ialah part toilet. Di Han Rainforest Resort, tak perlu nak risau pasal kebersihan toilet sebab toilet dia memang sangat bersih =) View yang kami dapat pulak view hutan, fuhh buka je sliding, terbentang kehijauan depan mata ;) tenang sangat. *rindu ketenangan tu* :'(


Sepanjang kami di sana, pelbagai aktiviti yang disediakan untuk kami :) bermula dengan Jungle Trekking ke Bukit Terisek, Canopy Walk, Rapid Shooting, Perkhemahan, pengembaraan dengan 4wd , dan banyak lagi aktiviti menarik lain. Enjoy sangat!


Selain aktiviti-aktiviti kami sendiri di sana, apa yang lebih menarik adalah apabila Kelab Blogger Ben Ashaari diberi peluang untuk turut serta dalam upacara majlis pecah tanah tapak pembinaan Eco Adventure Kem Taman Negara oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan , YB Datuk Mas Ermieyati Samsudin. KBBA dan YB Datuk Mas juga turut membuat lawatan ke Pokok Tualang sebesar 27 pemeluk, pokok yang mempunyai nilainya sendiri sebagai khazanah hutan .


Selesai upacara pecah tanah dan tinjauan ke Pokok Tualang, YB Datuk Mas Ermieyati juga turut merasmikan Han Rainforest Resort yang 'baru' ini :)


So, korang kalau berminat nak rasai pengembaraan ohsem macam kami ni, fiza memang rekemen untuk ambik pakej dengan Han RainForest Resort ni, puas hati!  Nak tahu maklumat pakej yang ditawarkan, boleh terus ke :

Facebook : Han Rainforest Resort
Website : http://www.han-rainforestresort.com/
No.Tel : 09-266 7888

Penaja Kembara Kelab Blogger Ben Ashaari ke Taman Negara :

#HanRainforestResort :Penginapan, transport, aktiviti dan makan minum.

#Camelus : Produk berasas susu unta.

#Cosmoderm : Produk penjagaan diri dan kecantikan.

#Yeos : Produk Minuman Berperisa.

#MinumPranJuice : Produk Minuman Berperisa.

#HeroesManWashbyNanafaBeauty : Produk Penjagaan Kesihatan dan Kecantikan Lelaki& Wanita

Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤