KETCHUP Blogger Speed Run | Menerjah 4 Cafe Hebat di Damansara


Assalamualaikum .

Hello =)

Ahad lepas merupakan hari paling membahagiakan untuk perut fiza! kenapa? haa, sebab fiza dan beberapa rakan dalam Kelab Blogger Ben Ashaari , Yanty, Najeeb & Lan Careno berpeluang join Blogger Speed Run yang diilhamkan oleh KETCHUP COMMUNITY dan menerjah 4 buah cafe-cafe yang ohsem di sekitar The Strand, Damansara. Setiap cafe ada ceritanya tersendiri tentang konsep dan signature dish masing-masing . 


Selain Kelab Blogger Ben Ashaari, komuniti lain seperti SINI!(Makan), Malaysia Youth Community (MYC), dan FoodInk Malaysia juga turut join sekali dalam program Blogger Speed Run ni. Memang meriah giler!


Actually, pada hari Sabtu tu, team pertama dah terjah ke cafe-cafe di TTDI, so Sabtu tu memang berlaku 'food war' la di IG dan Facebook , setiap sorang menderu duk upload gambar makanan yang mampu buat tekak kami yang tengok ni menangis .huhu . So, bila turn kami pulak, haa, balas balik la.hekhek . 4 Cafe yang kami terjah tu memang cool giler! Setiap cafe konsep dalaman berbeza dan mampu buat kami teruja nak snap gambar di setiap sudut cafe . So, meh fiza kenalkan keempat-empat cafe yang ohsem tu ;

#Cafe Studio


Masuk je ke cafe ni, terus rasa macam kat rumah oikk, tengok sendiri la decoration dia, boleh layan perasaan sambil makan . Rasa macam, lepas makan, terus nak lepak tido je.haha! Makanan yang dihidangkan untuk kami pula merupakan signature dish yang sedap! nahh, sila tatap ;


Gulp. Oke, nexttt, ke cafe seterusnya pulak :p

#Wood & Steel


Masa mula-mula terpacak depan cafe ni like, whatt! cafe ni? zass, terus terjah masuk . Sebab apa over excited? sebab cafe ni famous di IG dan fiza pernah nak datang tapi tak kesampaian .

Dari mula-mula kenal cafe ni, fiza dah teruja dengan deko dan konsep dalamannya yang sangat unik dan antik . Terasa macam di zaman 80-90an gituu .


Cantik sangat uols konsep dia! dan makanan pulak, haa, diinspirasikan daripada masakan ibu pemilik cafe ni, ohh ya, owner dia muda lagi tapi sangat kreatif!

Omnomnom, semuaanya sedap!
Checkpoint cafe ketiga kami pulak di ;

#The Picnic Table

Cafe ni berkonsepkan indoor picnic, sangat santai dan relaks konsep yang dibawa . So, korang kalau nak berpicnic tapi nak tempat yang ada aircond, haa boleh ke sini :p suasana picnic sebenar :)


Dan makanan yang dihidangkan pun merupakan signature dish yang simple dan sedap! :) , makanan untuk berpicnic gituuu



#3 Bags Full

Dan akhirnya tiba di last checkpoint cafe kami untuk Ketchup ni :) cute giler cafe ni!


Waktu tiba di cafe ni, mata terus tertumpu pada benda yang cute ni ;


Hakhak, sheep , dan ini adalah konsep dalaman cafe ni :) Masa kat sini, perut memang dah full dah, tapi kami tetap tak sia-siakan peluang untuk merasa makanan yang dihidangkan .


Squid In Pasta - Pelik giler masa memula tengok pasta yang hitam macam ni, tapi bila rasa, fuhh mabeles!
Dan untuk penutup acara menggembirakan perut kami pada hari tu ialah dua milkshake yang besarrrr punya nih !

Hahhh, amekk kau! gigih nak habiskan ni .hikhik

Lebih kurang jam 4.00 petang, habis la acara makan-makan kami hari tu . fuhhh penuh perut dengan pelbagai makanan yang super sedap dari setiap cafe yang kami masuk tu =) Thanks a lot to sis Anita and Nick , Team Ketchup & geng community yang turut sama memeriahkan program ni bersama kami. Korang memang hebat! Happening dengan gelak, lawak dan moment2 spontan yang boleh buat tersembur makanan dalam mulut . Dan tak lupa thanks kepada pemilik setiap cafe yang tak letih melayan kami dengan perkongsian mereka tentang cafe , konsep dan signature dish masing-masing sangat menarik dan memberi inspirasi =)

Oo ya!, program Blogger Speed Run KetchUp ni masih belum berakhir ya, next week akan ada lagi cafe-cafe yang bakal di terjah . Untuk maklumat lanjut boleh terus ke :

Website    :  http://ketchup.com.my/ 
Instagram : Ketchup_my


Psst :
Jangan lupa untuk ke #KelabBloggerBenAshaari di Instagram untuk lebih banyak cerita dan gambar tentang program ni minggu depan oke!



Comments

  1. Belanja kite sis... Plisssss, sedaaaapppp!!!

    ReplyDelete
  2. fuhhh tgk pun dah terliur.. pastu semua konsep cafe mmg cantik dan unik..

    ReplyDelete
  3. Kannn... Best giler... Cafe smue menarik...

    ReplyDelete
  4. Menu sedap2..cafe pun menarik,harap dapat peluang datang sini jugak nanti..

    ReplyDelete
  5. Ya allah..makanan dia..semua sedap2

    ReplyDelete
  6. Sedapnya makanan kat sini.. bgus juga.. lepas ni leh plih tmpat makan kalau pergi sana

    ReplyDelete
  7. salam singgah dan follow sini dari newbies kbba. wah bestnya tengok gambar2 p taman negara nie :-)

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤