Koleksi Raya Menarik Di Butik SuriScha, Bangi Sentral.

Assalamualaikum .

Hello =)

Puasa pun belum tapi dah fikir nak Raya , haaa tu la dia perempuan kan. Misi mencari baju raya pun dah bermula dah slow-slow nih.hikhik. Untuk tahun ni, fiza tiba-tiba teringin pulak nak pakai jubah . Tapi nak pilih jubah tu fiza tak berapa nak reti sangat.heee, maklum la sekarang kan macam-macam jenis jubah ada, dan yang fiza takut kalau tersilap beli yang jenis kain nipis dan melekat kat badan tu. Tu yang takmoo tu

Dalam duk fikir-fikir nak beli jubah ni, kebetulan fiza dikenalkan dengan satu Butik Muslimah yang memang menjual pelbagai corak jubah dan pakaian muslimah lain . BUTIK SURISCHA yang terletak di Bangi Sentral .


Apa yang buat fiza tertarik dengan koleksi SuriScha ni ialah kualiti kainnya yang dijamin bagus . Kain tebal dan tak panas. Sangat selesa!, masa kat sini, fiza sempat la mencuba dua helai jubah yang menarik hati fiza. Bila pakai je, cantikkk je terletak kat badan ni. Saiz S oke! haha Terus jatuh cinta!





Selain jubah, Butik SuriScha juga menjual blouse yang comel-comel dengan gaya masa kini dan cantik!



Fiza suka setiap colour yang digunakan, ada yang bright dan pastel, so kita sebagai pembeli ni boleh buat banyak pilihan mengikut citarasa sendiri, kalau dah masuk ke butik ni, memang malas dah nak jengah tempat lain.ngeee. Selain mempunyai banyak pilihan, tempatnya pun selesa :) Jangan risau pasal harga oke, sebab harga jubah yang ditawarkan di sini murah je dalam lingkungan RM75 -RM150 sajoo .

Fiza rekemen sangat-sangat korang yang tengah plan mencari baju raya tu untuk datang ke butik ni, ohh ya, btw sempena nak raya ni, Butik Surischa akan mengadakan Jualan Koleksi Hari Raya sempena pembukaan Wisma SuriScha pada 26 Mei 2016 di Kota Fesyen MiTC Air Keroh , Melaka. Anda semua dijemput hadir !Meh pakat datang ramai-ramai oke!

Kalau nak cuci mata dulu sebelum ke butik, korang boleh jengah Facebook dan Instagram SuriScha ni ,

Facebook : SuriScha Malaysia   |      Instagram  : @surischa

Alamat Butik : 

SuriScha
3-41-3, Jalan Medan Pusat Bandar 8
Bangi Sentral
43650 Bandar Baru Bangi.




Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤