USM Pulau Pinang | Seribu Satu Kenangan

Assalamualaikum .

Hello =)

ALHAMDULILLAH .

Lega seleganya . Berakhir sudah final exam fiza . lepas ni takde dah perasaan 'jiwa kacau' sebab nak exam *insyaallah kalau lulus semua :p . Hampir dua minggu struggle , study untuk hadap exam last ni, dan tak sangka, sekejap je cukup 4 tahun fiza bersama USM . 2012-2016 .  LEGA sungguh oikk! rasa hancur habis seketul batu besar kat kepala ni . Babai USM Pulau Pinang .

Seribu 1 kenangan fiza dan kawan-kawan cipta sepanjang kami belajar bersama . Walaupun berlainan bidang, tapi kami tetap rapat bermula tahun pertama dan hingga ke hari ni :) Banyakknyaa benda nak cerita tapi tak tahu nak cerita kenangan yang mana satu dulu.hikhik . Setiap tahun, 3 minggu kami habiskan masa bersama bila tiba waktu intensif, 2 orang sebilik dan bilik bersebelahan je. Usaha sehabisnya 'ejas' dengan pegawai daftar, nak dapatkan bilik sebelah-sebelah.haha!

Bila di USM, Pulau Pinang , macam-macam aktiviti kami buat, tapi bila tiba time nak dekat peperiksaan berterusan (PB) atau ada kelas, masing-masing sibuk mengadap modul atau Sidang Video . Tahun akhir adalah yang paling heaven bagi fiza. Bayangkan, 3 minggu di USM , fiza cuma perlu attend kelas 4 kali je ,hikhik . dan paling kejam, diri ni langsung takde keinginan nak balik umah dulu ke apa sementara nak tunggu kelas/exam tu.kehkeh. Tahun akhirkan, mestila nak habiskan masa sebaiknya sebagai full time student sepanjang intensif tu :p tak perlu fikir soal kerja langsung!


Ya Allah! rindunyaa bila tengok balik setiap moment ni T.T . Kegembiraan akan wujud setiap kali kami bersama. Semua tempat kami jelajah :) Rasanya, semua tempat di Pulau Pinang fiza dan kawan-kawan dah terjah kot , kecuali Pulau Jerejak, takde keberanian nak ke sana ,huhu.

Pulau Pinang memang best! terutama bila fiza mula jatuh cinta dengan Char Koey Teow kat sana sampai bila balik Putrajaya je, mesti tekak ni terasa-rasa nak makan . Masa Intensif last hari tu, fiza terjumpa gerai goreng pisang cheese yang paling sedap pernah fiza makan dan Laici Kang yang sedapnya memang takkan jumpa kat tempat lain! sedap sungguh. Bila ke sana lagi nanti, memang 3 makanan ni la yang akan fiza cari dulu :p

Kalau nak story semua kenangan kat sana, memang takkan habis oikk .Terlalu banyak dan pelbagai cerita ada. Untuk Ida, Dyana, Mas, Mimi, Zack, Zham, Semi - Terima kasih weh!, korang memang kawan paling best, sporting, selalu support each other, sekepala, selalu bagi semangat, tak berkira dalam semua hal termasuk ilmu. Semoga group telegram kita akan selalu ada sebagai tempat kita teruskan silaturahim ni :)


Comments

  1. pisang cheese ivory plaza lettuwww~~

    ReplyDelete
  2. Kite rindu jgk USM Penang.. Kenangan 2002-2005.. :)

    Kak Fiza amek program ape?

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah. sangat untung study kat penang. sebab banyak tempat best boleh p jalan2. hehehhe

    ReplyDelete
  4. ala.. dah xdapat makan dengan akak lagi la kat Taman Tun Sardon ... sob sob sob

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillahhhhh dah habis ye....tahniah

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤