Beli Tiket Bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Secara ONLINE

Assalamualaikum .

Hello =)

Untuk pertama kalinya, fiza beli tiket bas secara atas talian . Tak senang dan takde la susah mana sebenarnya . Yang tak senangnya, sebab terpaksa tunggu setiap transaksi tu loading dan kena follow beberapa step sampai la siap pembayaran di buat. Dan yang tak susahnya, tak perlu buang tenaga dan masa untuk ke  Stesen Bas tu, bersesak untuk beli tiket bas.

Tiket yang fiza beli tu untuk adik yang nak balik ke Melaka. Dia belajar di KUIM Melaka dan memang menjadi rutin setiap kali habis cuti, naik  bas di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan turun di Masjid Tanah. Cuma, biasanya, kami akan ke TBS untuk beli tiket dan fiza akan pegi lagi sekali untuk hantar dia naik bas. Kat situ memang takyah cakap la ramainya orang. Laluan bas di TBS adalah ke Selatan sahaja, haa ramai oikk orang nak ke Selatan, tambahan bila waktu hari minggu.

Korang kalau taknak buang masa dan tenaga macam fiza, boleh je beli tiket di TBS ni secara online dengan daftar terlebih dahulu dan ikut je beberapa step sampai la siap pembayaran dibuat. Nak buat pembayaran ada banyak pilihan dan yang paling senang ialah dengan guna Maybank2u. Macam yang fiza buat.

Sumber Gambar TBS


Sumber Gambar TBS

Selepas siap bayar, tunggu dalam lebih kurang setengah jam, nanti pihak TBS akan emelkan kepada kita detail tiket tersebut. Apa yang penting, sila masukkan alamat emel yang betul, sebab setiap transaksi dan tiket dia akan emelkan.


Satu lagi, untuk nak elakkan gangguan jiwa dan emosi sebab stress website ni loading lama, sila pilih waktu yang sesuai untuk beli, hihi. tekan link kat bawah untuk terus ke website e-ticketing TBS ni oke! =)



Comments

  1. hah ..baru tau boleh beli tiket bas online hehe. Dulu selalu kena beratur panjangggg kat kaunter kat TBS tu. Alih-alih sampai giliran kita tiket jam yang kita nak tu habis pulakkkk haha ..stres ... pergi pulak beratur kat kaunter lain haha :D

    ReplyDelete
  2. hohoho...
    ini sudah bagus nie..
    senang nk tengok jadual bas kalau bleh chek online.

    ReplyDelete
  3. kak pija.. macam beti tiket ets la kan? ok la... tak membazir minyak dan masa nak ulang alik tempat sama.

    ReplyDelete
  4. tiket kelik lipis ado dok hehehehe

    ReplyDelete
  5. Senang la camni. Kadang2 takde kesempatan juga nak pi terminal..

    ReplyDelete
  6. tq. Nice info! saya beli tiket dekat website ticket bas online, sama je kan?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤