Kenapa Jalan Balik Kampung Musim Perayaan Tak Sesak?

Assalamualaikum.

Hello =)

Wewuuuu! Fiza dah kat kampung! Gerak balik hari jumaat malam, tido Jerantut 1 malam, pagi Sabtu terus gerak balik Kelantan. Masa on the way balik tu, rasa macam ada keajaiban je berlaku, sebab apa? Haaa, sebab sepanjang kami kat jalanan tu, langsung tak jammed .


Jalan lancar je. Pelik bukan? Musim perayaan, jalan ke Kelantan tak jammed . Haha. Biasa Pantai Timur ni memang terkenal dgn sesaknya jalan bila tiba time raya atau cuti panjang. Dan bagi fiza, bila jammed tu, kemeriahan raya pun turut terasa.hikhik. 
*meriah la sebab bukan kita yang drive , duk layan tgk ragam je kiri kanan.heee

Mengikut teori fiza la kan, jalan tak sesak tahun ni sebab cuti sebelum raya tu panjang, bila Hari Raya jatuh bukan pada hari sabtu ahad, maka cuti jadi panjangla, orang pun boleh pilih nak balik tarikh bila. Kiranya, banyak masa sebelum raya tu. Dan mungkin ramai jugak yang sepesen dengan fiza dan husband, shopping raya last minute! Sebelum balik kampung, beli kelengkapan raya dulu. Macam fiza, jumaat sebelum gerak balik tu, sempat lagi kami singgah kat Sogo, Jalan Tar :p 

Itu apa yang fiza rasa la .Mungkin . Penat wehh pikir nape jalan tak jammed tahun ni.haha! 

Kepada sesiapa yang nak balik beraya tu, termasuklah family fiza jugak, hati-hati di perjalanan. Ingat tujuan kita balik nak bergembira, jangan hantar tangisan pada yang menunggu. Betul, ajal maut urusanNya, tapi lakukan tugas kita sebaiknya dengan pandu secara berhemah. Jangan fikir nak cepat sampai. Takut bila dengar beberapa kemalangan ngeri yang berlaku sehari dua ni. Semoga kita semua sentiasa dalam perlindunganNya . Amin. 


Comments

  1. selamat hari raya, maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. betul tu..jalan x jam. sebab ramai balik wal kg kampung.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤