Assalamualaikum.
Hello =)
Hello =)
Waktu rehat hari ni fiza ajak kawan fiza ke NBOS di PICC, bosan di office, so ingat nak meninjau-ninjau di sana . Tengok kat Instagram, ramai duk upload pasal kemeriahan di sana, nak jugak rasa meriah tu.hihi. Office fiza dengan PICC tu takde la jauh, dalam 4km je. Sampai je sana, haa, ambik kau, memang meriah!, macam-macam pameran ada, termasuk beberapa booth jualan. Oke. takde nak cerita panjang pasal di PICC tu, fiza nak share tempat menjual Cendol SEDAP di Putrajaya ni.
Balik dari PICC, terlintas di kepala ni nak mencari kedai menjual Cendol yang fiza nampak iklannya di area Presint 3 , Putrajaya. Terus ajak kawan mencari.
dan selepas tidak melalui kesukaran apa-apa pun, berjumpalah kami dengan kafe ala hipster tersebut ,
Kafe kecik je, dan menu pun tak banyak lagi. Baru lagi bukak
Menu lain fiza tak pandang, yang menusuk-nusuk kat perut ni untuk ke sini ialah cendol durian ni . Fuhhh.
Sedap sangat! Durian tu sedap sangat. Sampai licin semangkuk :p
Harga dia tak mahal bagi fiza sebab bersesuai la dengan lokasinya. Terletak di tingkat atas dalam kawasan Hotel Dorset dan Pasaraya Hero, Putrajaya. Korang yang hantu durian dan cendol ni, kalau teringin nak merasa kesedapan cendol ni, boleh datang ke alamat seperti dalam gambar di bawah oke =)
Oke, daaa. Esok nak rasa makanan kat restoran bawah Kafe Cendol ni pulak :p
UPDATE : Kiosk ni dah berpindah ke Food Court Aamanda
amboi sedapnya... ermm..teringin nak rasa..
ReplyDeletewww.yanieyusuf.com
Mee kariiiii....
ReplyDeleteinshaaAllah weekend ni nk ajk husaband akak pi try :)
ReplyDelete