Assalamualaikum .
Hello =)
Sekejap masa, hari ni dah Jumaat balik, dah nak habis November . Kebiasaannya waktu lunch, fiza keluar dengan kawan-kawan, tambahan pulak Jumaat waktu lunch memang panjang . Tapi hari ni luar biasa sikit, mood nak keluar takde langsung . Letih, badan lemau. Jadi, habiskan masa je di ofis. Buka Youtube dan layan piano instrumental dari drama yang cukup berhantu dan mengingatkan fiza kepada seribu kenangan waktu tu =)
Zaman Winter Sonata ni umur fiza baru 18 tahun. Joon-sang tu la jadi pujaan kami waktu tu. HAHA! Memang betul-betul zaman remaja , baru habis sekolah, baru nak kenal dunia luar .haha. Rindu zaman tu :'(
Tu dulu, sekarang ni memang demam Korea masih hangat lagi, cuma fiza dah tak layan dah . Dua drama je yang fiza betul-betul suka dulu, Winter Sonata dan Autumn In My Heart . Dan sekarang, bila tengok adik-adik duk layan drama , artis Korea, fiza teringat zaman fiza dulu , lepas tu dalam hati berbisik ,
Zaman aku dah berlalu dah :'(
hehehe .. yana pon layan jugak cerita nie dulu .. lagi satu autumn in my heart =)
ReplyDelete