Assalamualaikum .
Hello =)
Hello =)
Januari.
Biasanya, jika seperti tahun-tahun lepas, pada tarikh seperti hari ni, fiza dah bersiap-siap dengan barang-barang dan kemas pakaian untuk ke Intensif di USM Pulau Pinang. Di group Telegram dan Whatapps kawan-kawan USM pun biasanya dah non-stop duk bincang tentang itu ini, tentang persiapan masing-masing, persedian hadapi Peperiksaan Berterusan, dan macam-macam lagi lah :')
Kecoh semuanya :')
Tapi, tidak untuk 2017 ni, masa 4 tahun fiza bersama USM dan berakhir pada Oktober 2016 lepas. Di group Telegram dan Whatapps pun sepi. Cuma yang masih hingar bingar di group kawan-kawan rapat sepanjang pengajian kami . Masing-masing meluahkan rasa rindu waktu 3 minggu bersama setiap tahun dari 2012 hingga 2016 di USM .
Cerita Konvokesyen yang sangat manis tempoh hari masih fiza simpan. Tak tercerita lagi kat sini. Terlalu banyak gambar sampai pening nak pilih yang mana untuk kongsikan di belog ni :p . Nantilah, bila rasa rajin menggunung , baru boleh coret kenangan tu kat sini :)
Untuk tahun ni, bila 3 minggu dah tak lompong dalam planner fiza di office, maka, penuh la dengan tugas harian seperti biasa . Masa untuk belajar sambil 'honeymoon' dan jauh dari tugas office bersama kawan-kawan dah habis . Aturan kehidupan ke arah lebih baik pun bakal bermula selepas habisnya masa menjadi pelajar :) Fiza masih belum rancang apa-apa cuma harapan tinggi dalam hati semoga walau apa pun yang bakal fiza buat selepas ini, dipermudahkan oleh-Nya, semoga harapan fiza dimakbulkan oleh Allah SWT kelak :)
Amin. *Tolong aminkan sekali eh :)
Amin.. Insya-Allah semuanya dipermudahkan.. ^^
ReplyDeleteAminnnnn...dah berjaya jadi org besar jangan lupa cik ngan ye hehehe
ReplyDelete