Projek Kahwin | Portal Terbaik Untuk Bakal Pengantin

Assalamualaikum.

Hello =)

Bila duk sorang-sorang macam ni, tiba-tiba dalam kepala ni terbayang balik kenangan zaman nak kahwin dulu . 6 tahun lepas. Manisnya saat tu . Semuanya manis sangat, dan sampai sekarang kemanisan berumahtangga tu fiza rasa :') Terima Kasih Allah untuk nikmat ini :) Kenangan tu datang satu-persatu , bermula bagaimana kenal, merisik sampaila kami sah sebagai suami isteri :')

Indah.

Tapi, dalam banyak-banyak kenangan tu, paling fiza tak boleh lupa bagaimana teruja, risau, kalut dan macam-macam perasan bercampur waktu nak buat persiapan nak kahwin . Haha. 6 tahun lepas tak senang macam sekarang tahu, tambahan pulak fiza anak sulung, so semua benda, kenduri sebelah keluarga fiza , fiza yang uruskan sendiri . Hal yang paling struggle ialah part nak memilih pakej pelamin dan mak andam . Uwaaa, susahnyaa, sampai last-last rasa macam tertipu . uhukk. Kena spend banyak masa sampai lama jugak fiza cuti dan kena usaha lebih serta gigihnya pergi merata-rata cari bridal , yang available dengan tarikh dan memuaskan hati . Pheww. penat weh part tu :p

Tak senang nak senang oke.

Tapi, sekarang, keadaan tak macam dulu lagi dah, bila fiza lepak kat IG ke, FB ke, tengok banyak iklan-iklan bridal disana sini. Paling fiza tertarik ialah perkhidmatan pakej kahwin yang disediakan di salah satu portal ni, www.projekkahwin.com . Fiza ada baca tentang projek kahwin ni, dan apa yang mereka sediakan memang sangat menyenangkan keje bakal pengantin . Kalau lah projek kahwin ni wujud zaman fiza kahwin dulu kan .hukk . Korang kena ingat, nak uruskan hal keje kahwin ni bukan keje mudah ye. Banyak benda perlu dititikberatkan dan tak boleh dipandang ringan sebab result dia nanti tentu kita nak yang menggembirakan dan memuaskan hati kita , keluarga dan tetamu . Ye tak? Satu hari tu je dalam sepanjang hidup kita, kita nak cipta suatu kenangan paling indah, jadi haruslah semua hal perlu dirancang sebaiknya :)


Apa yang fiza tahu, Portal Projek Kahwin adalah satu medium untuk memudahkan bakal pengantin yang nak cari perkhidmatan perkahwinan serta pakej kahwin yang sesuai untuk majlis yang dilangsungkan dengan mengikut citarasa dan bajet yang sesuai. Maksudnya, kita boleh pilih sendiri bridal dan perkhidmatan yang macam mana kita nak dan pilih lah yang vendor yang berdekatan dengan majlis korang nanti  . Senang sangat! Melalui portal ni, korang yang nak kahwin ni tak payah dah nak susah-susah ke sana sini, tanya orang tu orang ni pasal bridal, terjah je jom kahwin. Perkhidmatan  wedding planner, butik pengantin, katering, jurufoto, solekan, pakej bulan madu, dewan, hotel dan sebagainya. Semua tersedia :) Mudah dan jimat masa bakal pengantin nak berkejar sana sini.

Selain kelancaran majlis, pemilihan jurufoto juga penting . Kata orang, kalau majlis kita tu sederhana macam mana sekalipun, kalau dapat jurufoto yang kreatif dan banyak idea, gambar kahwin akan nampak macam majlis grand uols . Majlis kat rumah, hasil gambar macam kat tempat eksklusif, haa sape taknak kan. Satu lagi kenapa pentingnya gambar kahwin ni, sebab ianya akan jadi kenangan sampai bila-bila . So, bakal pengantin, masuk Portal Projek Kahwin ni, pilih la vendor mana yang korang berkenan, semua berbakat . Tengok aje gambar-gambar hasil bidikan mereka kat bawah ni, superb! :)





Selain fokusnya untuk nak mudahkan bakal pengantin, Projek Kahwin ni juga secara tak langsung dah bantu golongan pengusaha bumiputra untuk mengembangkan lagi perniagaan mereka . Setakat ni, fiza rasa tak banyak kot laman web yang macam Projek Kahwin ni kan? Bila dah join masuk dalam Portal ni, jenama pengusaha-pengusaha ni bukan saja dikenali di Malaysia, malah hingga ke luar negara . Bagus kan!  


Untuk akses ke portal ni, korang klik je www.projekkahwin.com . Nak layari guna komputer boleh, dengan telefon, tablet , etc pun boleh sebab portal ni memang dibina dengan fungsi mesra pengguna, mudah diakses . Selain tu, fungsi yang disediakan juga memudahkan bakal pengantin nak cari vendor perkahwinan yang sesuai dan menepati citarasa sendiri sebab akan terpapar disitu maklumat syarikat seperti logo, media sosial, nombor telefon dan hasil kerja mereka . 
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang vendor-vendor ni, korang boleh terjah terus ke facebook dan instagram atau call je mereka terus kalau nak tanya apa-apa .

btw, tak lama lagi Portal Projek Kahwin juga akan mengeluarkan aplikasi ios dan android mereka sendiri ye, haa, bila dah ada aplikasi nanti, lagi senang la nak akses :)


Jadi, apa tunggu lagi , untuk bakal pengantin di luar sana tu, meh cepat klik ke Portal Jom Kahwin untuk pilih pelbagai perkhidmatan perkahwinan yang memang korang perlukan nanti . Cepat, jimat masa dan menepati citarasa serta bajet yang sesuai :')



Info Lanjut :



Comments

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤