Susu Kambing i-Sihat Vachoc Pilihan Terbaik Untuk Semua

Assalamualaikum .

Hello =)

Rasanya dah agak lama fiza tak minum susu kambing ni, antara sebab utamanya selain memang tak suka susu ialah kerana sangat tak suka dengan bau dia dan rasa dia yang.. errkkkk, Hamis! kalau minum pun, mesti loya sampai nak keluar balik semua . Memang, fiza ni sejenis yang payah nak telan susu kambing, sebab tu kambing pun fiza tak makan -.-

Tapi keadaan ni berbeza dengan satu jenama susu kambing yang fiza baru je cuba ni. Susu kambing i-sihat yang berjaya menambat tekak fiza untuk mencuba dan dapat minum dengan jayanya. haha. 


Apa yang menarik dengan susu kambing ni, keluarannya bukan sahaja yang original susu tu, tetapi juga turut ada dua perisa lain yang mana kita boleh pilih la mengikut flavour kesukaaan kita, iaitu Premium Berry yang berperisa strawberry dan Vachoc Plus-10 yang berperisa coklat.



Bila ada 3 perisa macam ni, pilihan fiza sudah tentu la Vachoc Plus-10 :) 

Rasa coklat dia sedap!


Masa pertama kali cuba, fiza dah suka dah dengan susu kambing ni , rasa dia sedap, creamy dan TAK HAMIS langsung . Ianya 100% organik yang kaya dengan nutrisi tanpa perasa dan pewarna tiruan. Sangat bagus untuk badan kita . Susu kambing keluaran i-sihat ni boleh diambil oleh bayi seawal usia 6 bulan dan ke atas serta bagus untuk ibu-ibu hamil dan yang sedang menyusu. Kiranya, susu kambing ni sesuai untuk semua peringat umur  dan khasiatnya juga sangat bagus untuk mereka yang sedang dalam usaha untuk mendapatkan zuriat.

Kebaikan dan Khasiat yang terdapat dalam susu kambing i-sihat Vachoc Plus-10 yang dirumus khas dengan kombinasi vanila dan coklat ini tinggi kerana ianya mengandungi ekstrak makanan sunnah seperti buah delima, zaitun, tin, kurma, kismis, badam, habbatus sauda, manna dan ginkgo biloba.



Bagi mereka yang inginkan kulit yang cantik dan berseri serta pelbagai lagi kelebihan untuk kecantikan kulit pula, boleh mencuba  i-Sihat Premium Berry yang mana ianya diperkaya dengan 15 bahan aktif semulajadi terbaik seperti Applephenon, Astaxanthin, Kolagem, Ekstrak Sakura, Buah Beri, Strawberry, Buah Delima, Kurma, Kismis, Tin, Badam, Safron, HabbastusSauda, Madu dan Susu Kambing.



i-sihat susu kambing Asli pula dirumus khas dengan adanya DHA, Ala, Multivitamin, Zat Besi, Asid Folic, Mineral, Kalsium, Protein dan Omega 3,6 & 9 yang mana kita semua tahu semua nutrisi ni sangat bagus untuk wanita hamil, sedang menyusu serta untuk wanita yang dalam iktiar untuk mendapatkan zuriat.




Harga untuk ketiga-ketiga perisa ni sangat berbaloi dan InsyaAllah mampu milik, sesuai dengan khasiatnya .

Cara bancuhannya pula seperti dibawah,


Susu Kambing i-Sihat ni sekarang sudah semakin dikenali , malah setiap testimoni yang diberikan oleh mereka yang minum susu ni pun semua yang positif dan menunjukkan kesan yang bagus untuk badan, 



Jadi, apa tunggu lagi, cepat dapatkan dan rasai sendiri kesedapan susu kambing i-Sihat ni :')

Info Lanjut 

Telefon : 019-2020911
Website : www.isihat.com.my
FB : I-Sihat Susu Kambing HQ 
IG : isihat_susukambing_hq


Comments

  1. Wah ada pelbagai perisa juga ya susu kambing ni

    ReplyDelete
  2. Jom! Sihat bersama Isihat 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  3. ramai org suka vachoc plus 10...termasuk sy...hehehe...boleh minum sejuk suam...emang sedaplah

    bagi yg nak dptkan isihat di kuala pilah neg 9...meh wasap sy...0182234045

    ReplyDelete
  4. Korang kene cuba premium berry,memang perghhh cakap kau!

    ReplyDelete
  5. sedap memang sedap.. tiap2 hari mesti minum.. nak lebih tenaga minum vachoc.. risau kulit kusam minum Premium Berry.. Makan bijirin sarapan pagi dengan i-Sihat perisa asli..

    Nak rasa kesedapan i-Sihat?? meh contact 019-3201012 (agent i-Sihat Penang)

    ReplyDelete
  6. sedap memang sedap.. tiap2 hari mesti minum.. nak lebih tenaga minum vachoc.. risau kulit kusam minum Premium Berry.. Makan bijirin sarapan pagi dengan i-Sihat perisa asli..

    Nak rasa kesedapan i-Sihat?? meh contact 019-3201012 (agent i-Sihat Penang)

    ReplyDelete
  7. awak, saya tengah tunggu entri-entri baru awak ni.. takde ke ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤