Hujan dan Cerita

Assalamualaikum .

Hello =)

Salam Jumaat semua . Pagi Jumaat hari ni sejuk yang amat, hujan turun lebat sangat tadi kat area Putrajaya ni . Alhamdulillah . Rahmat Allah datang kepada kita :)


Hujan datang bersama cerita . Bila hujan je, mesti banyak kenangan datang . Pelbagai cerita silam menerjah, ada yang sedih ada yang mampu buat bibir tersenyum :) . Apa yang paling manis, fiza akan dibawa ke masa silam waktu di kampung . Indahnya saat tu . Bunyi rintik hujan atas bumbung zink rumah. Zink rumah kampung, bunyi dia kuat . Macam melodi lagu pulak .hihi 

Indah . Lepas tu perlahan-lahan mata lena :p Zaman kecil yang penuh asyik .
Kenangan indah fiza bila hujan itu je lah, setiap kali hujan, itu je yang selalu datang dulu dalam kepala ni .

Habis cerita hujan .

"Selama kamu yakin, tak ada yang tak mungkin ."

Fiza terbaca ayat ni pagi ni, terus post di FB dan twitter . Penuh makna kata-kata tu . Benar,  rasa yakin tu penting . Yakin pada diri, yakin pada kuasa dan izin Allah dalam hal apa pun . Tak ada yang mustahil bila Dia izinkan :) Untuk setiap keinginan yang kita mahu, jangan pernah rasa ia mustahil selagi belum mencuba sebab Izin Allah SWT tiada yang mampu menghalang . 

:)



Comments

  1. Janji Allah itu pasti. Yakin pada kuasa Dia.. In shaa Allah tiada yang mustahil.

    ReplyDelete
  2. Allah tidak pandang apa yang kita capat, Allah melihat apa yang kita usahakan. Jadi jangan cuba mengalah

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤