Akibat Air Tembikai, Akhirnya ..

Assalamualaikum .

Hello =)
Salam Ramadhan ke-5

Rentetan daripada entry sebelum ni, ingatkan lepas dah berehat banyak, perut dah semakin oke , rupanya tak . Semalam makin menjadi-jadi pulak peperangan kat dalam perut ni , muka pun dah mula pusat dah. Jadi fiza ambil keputusan untuk ke Klinik . Risau jugak takut makin teruk, makin tak tahan . Bertambah risau bila sekarang bukan kesihatan fiza sorang je yang perlu fiza fikirkan. Maka, dari ofis terus memecut ke Klinik . Vroom ! 

Sampai di Klinik, alhamdulillah orang takdela ramai sangat walaupun waktu tu pagi lagi . Nurse pun mungkin sebab dah tengok fiza dengan muka pucat, berkerut-kerut tahan sakit, cepat dia tekan nombor giliran, dan hantar buku rekod kesihatan fiza ke bilik doctor . Tak lama menunggu , nama fiza dipanggil . Bila doctor tengok je fiza terus dia tegur, 'ehh, bukan kita baru jumpa ke?' . HAHA . ye laa, baru Khamis lepas fiza appointment dengan doctor ni, mahu tak terkejut dia tiba-tiba tak sampai seminggu muncul balik . Fiza terangkan kat doctor sebab datang lagi dan sakit yang macam mana fiza rasa .Doctor terus suruh baring, scan perut dan tunjukkan keadaan dalam perut . Alhamdulillah semua oke dan takde yang serius . Betul lah, fiza memang salah makan dan 'virus' sebab salah makan tu tak hilang habis lagi walaupun Isnin tu lah lemah longlai akibat perut yang dah kosong habis. 

Akhirnya, doctor berikan MC suruh berehat di rumah dan ubat air garam . Doctor kata itu je ubat yang dia boleh bagi . Siap pesan lainkali tak payah dah beli kat Bazaar . Aiyooo . Jujur fiza katakan, Layanan serta khidmat doctor yang rawat fiza dan Nurse di Klinik ni sangat bagus ! 


Selesai urusan di Klinik, terus telefon Husband yang dari pagi gelisah nak tahu punca sakit fiza. Fiza bagitahu semua kecuali yang part doctor nasihat tak bagi beli kat Bazaar tu .Haha. Fiza cuma bagitahu, doctor tak bagi beli Air kat Bazaar je :p . Lepas ni, kalau nak membeli kat Bazaar, fiza akan lebih sangat dan akan terlalu berhati-hati dah. 

Trauma .
2027


Comments

  1. kalau beli air kena tengok gerai jugak, mungkin hari tu tembikai tu dah xelok, dicampur sekali...

    moga kak fiza beransur sihat, =)

    ReplyDelete
  2. Get well soon kak fiza..
    Migha air tembikai dengan tebu kena elak terus kalau tak nanti sia-sia kena amek neb 5kali..

    ReplyDelete
  3. Hahaha abe baca ni , gws kak fiza tu lah hati2 nak membeli ..

    ReplyDelete
  4. Smg cpt sembuh fiza... Btl kena hati2 bila nk beli..

    ReplyDelete
  5. Sebab tu takut sekarang nak membeli kat bazar. Rela buat sendiri semua kat rumah. Get well soon Fiza.

    ReplyDelete
  6. allahu hati-hati..better buat sendiri je..terjamin

    ReplyDelete
  7. Sekarang dah ok ker ? Nanti nak teringin minum air tembikai, beli buah tembikai blend kat umah tau.. gws

    ReplyDelete
  8. nampaknya air di bazar tu tak bersih.pakai air mentah kot..apapun semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  9. Seksaaa wooo kalau kena kes cmni... dulu kena food poisoining pon rase separuh mati dah... sobss... semoga cepat sembuh ~

    ReplyDelete
  10. Kasihan. Memang kena jaga-jaga sikit bila beli kat bazar.

    ReplyDelete
  11. Serik tak nak minum lagi?

    - ERAZ FADLI

    Jemput baca dan komen entri ini >> http://www.erazfadli.com/2017/06/susu-kambing-hayra-campuran-kurma-dan.html

    TQ :)

    ReplyDelete
  12. Kalau air, jarang sangat beli di bazar

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤