Daftar Online MyASNB

Assalamualaikum .

Hello =)

Selesai daftar online untuk MyASNB ! Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) pun dah makin maju ke depan dah, lebih mudah, senang, menjimatkan tenaga dan masa kita sebagai pelabur . Kalau sebelum ni, setiap transaksi nak tambah unit pelaburan cuma boleh dibuat melalui pemindahan dari akaun simpanan Maybank atau CIMB dan berurusan di kaunter sahaja, kini semua dah senang . Nak tambah pelaburan dan nak semak baki pelaburan - semua boleh dilakukan secara atas talian di MyASNB  . Cuma untuk keluaran unit pelaburan je masih memerlukan urusan di kaunter ASNB atau ejen ASNB . 

Step dia mudah je ,

1. Pergi ke kaunter ASNB berhampiran, isi borang untuk daftar online 
2. Di kaunter, pegawai akan daftarkan maklumat dan nombor telefon kita untuk TAC
3. Dah selesai urusan di kaunter, kita kena daftar sendiri di portal https://www.myasnb.com.my/ .
Masa daftar tu, ikut je setiap step yang diarahkan sampai la selesai . Senang je.

Bila dah selesai, log masuk semula dan kita dah boleh semak baki terkini pelaburan. Kalau nak terus buat tambahan pelaburan pun dah boleh :)

Penting - Pelabur hanya boleh daftar untuk diri dia sendiri sahaja masa di kaunter ASNB , tak boleh wakil .

Korang yang ada simpanan pelaburan di ASNB ni pun silalah daftar MyASNB ni cepat-cepat . Bukan apa, untuk memudahkan diri sendiri kalau nak buat simpanan setiap bulan tu . Melalui portal ni, kita boleh buat tambahan pelaburan dengan hanya pilih je dari bank simpanan mana yang kita nak buat pemindahan dan masukkan ke ASNB . Kalau sebelum ni, fiza selalu buat pemindahan melalui Maybank2u, dan setiap kali buat pemindahan, Maybank akan kenakan caj sebanyak RM1.00 . Tapi melalui portal MyASNB ni, tiada caj dikenakan kalau kita buat transaksi pemindahan wang dari mana-mana bank. Jimat dah singgit .Untuk tambah pelaburan, log masuk dulu dan di hujung belah kanan tu ada dipaparkan 'Pelaburan Tambahan' - klik kat situ dan ikut step yang diberikan sampai selesai . 

Dunia makin moden, semua urusan dihujung jari je. Tak perlu nak berpeluh beratur panjang hanya untuk kemaskini penyata dalam buku ASNB dah :)


Comments

  1. betul tu .. senang je kan tak perlu nak beratur2

    ReplyDelete
  2. Makin canggih lah..xpayah susah beratur panjang nak masukkan duit

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul . Menyenangkan keje dan menjimatkan masa kita

      Delete
  3. Bagus dia buat cenggini , xpyh nak g pjbt pos bagai .. tp qasehnya dah lama still aktif lagi la kot kan .. hee

    ReplyDelete
  4. kat mana2 bank yg ada kaunter asb pun boleh kan

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni kan semua di hujung jari .. tak prlu nak susah lagi ..

    ReplyDelete
  6. belum daftar lagi..nanti nak buat juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Hidup ini indah, hargai setiap detik keindahan
yang kita kecapi sebagai pengubat untuk
setiap duka yang hadir =)

❤Love to be loved❤